Judul : Anina kecam Muhyiddin, tidak perlu berlagak sombong
link : Anina kecam Muhyiddin, tidak perlu berlagak sombong
Anina kecam Muhyiddin, tidak perlu berlagak sombong
Anina berkata beliau adalah bekas pengasas PPBM bersama Muhyiddin bukannya 'lembu' sehingga bekas timbalan perdana menteri itu meletakkan kedudukan begitu tinggi untuk berdebat.
PETALING JAYA: Bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak berlagak sombong dengan mencipta pelbagai alasan seperti tidak ada “lokus standi” untuk mengelak cabaran berdebat beliau.
Anina berkata, alasan Muhyiddin kononnya beliau bukan “lokus standi” menunjukkan pengerusi PPBM itu terus bermimpi yang dirinya masih lagi memegang jawatan timbalan perdana menteri dan hanya individu setaraf dengan beliau sahaja boleh diajak berdebat.
Katanya, Muhyiddin perlu sedar beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kerajaan dan kedudukan beliau sekarang setaraf dengan rakyat marhaen yang lain.
“Saya fikir kemungkinan Muhyiddin ini masih bermimpi yang dia masih timbalan perdana menteri atau menteri Kabinet.
“Apabila saya mengajak dia berdebat dia kata saya tidak lokal standi. Jadi saya nak tanya apakah lokal standi Muhyiddin?
“Saya adalah antara pengasas PPBM bersama dengan dia, dan jawatan dalam PPBM sekarang bukanlah dipilih ia hanya jawatan dilantik sendiri di peringkat penaja, jadi status bekas timbalan perdana menteri tidak meletakkan dia berada pada kedudukan lokus standi yang tidak boleh dicabar,” katanya kepada FMT.
Semalam, Muhyiddin berkata beliau enggan melayan cabaran Anina supaya berdebat dengannya berkenaan isu-isu semasa sambil menyifatkan bekas ahli majlis pimpinan tertinngi PPBM itu sudah tidak ada lokus standi.
Katanya, beliau menghormati keputusan Anina keluar PPBM dan memaklumkan bekas ketua wanita sayap parti itu tidak mempunyai kedudukan yang sah untuk berdebat kerana sudah tidak lagi menjadi ahli.
Mengulas lanjut, Anina turut memberi contoh terbaik di mana Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang tidak melihat taraf kedudukan untuk berdebat sehingga terbuka berdebat dengan bekas pegawai sendiri.
“Muhkhriz pernah terima cabaran debat dari bekas pegawai dia yang juga ahli Umno dan Mukhriz tidak menimbulkan isu lokal standi. Itu bekas pegawai dan saya ini salah seorang pengasas PPBM, saya bukan pegawai ataupun lembu, saya bekas pengasas PPBM.
“Rakyat boleh menilai sikap Muhyiddin, jika sebelum ini ahli PPBM sibuk ajak Najib berdebat dengan kita tidak pula timbul isu lokal standi.
“Kenapa hari ini, apabila saya salah seorang pengasas PPBM ajak debat timbul isu lokal standi, sebagai presiden PPBM yang kononnya mahu berjuang untuk rakyat tidak seharusnya takut untuk dikritik dan dicuit,” katanya.
Demikianlah Artikel Anina kecam Muhyiddin, tidak perlu berlagak sombong
Sekianlah artikel Anina kecam Muhyiddin, tidak perlu berlagak sombong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anina kecam Muhyiddin, tidak perlu berlagak sombong dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/anina-kecam-muhyiddin-tidak-perlu.html