Judul : Amanah parti setiakawan, Anwar tetap calon PM
link : Amanah parti setiakawan, Anwar tetap calon PM
Amanah parti setiakawan, Anwar tetap calon PM
Parti Amanah Negara (Amanah) tetap berpegang pada janji setia bersama Pakatan Harapan untuk memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14)."Kalau kita lihat kembali sewaktu mengikat janji setia semasa menubuhkan Pakatan Harapan dahulu, Amanah menyatakan kita boleh berpegang dengan perjanjian kita mahu Anwar sebagai perdana menteri.
"Mana-mana parti yang nak masuk dalam rumah baru kita mesti bersetuju dengan dasar umum kita. Kita ada dokumen yang bersetuju Anwar menjadi perdana menteri," kata beliau di program pelancaran 27 pusat peduli rakyat negeri Selangor di Keramat, malam tadi.
Pada September tahun lalu, ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan - Amanah, PKR dan DAP selepas rundingan meja bulat untuk menbuhkan pakatan baharu bersetuju bahawa Anwar adalah antara pemimpin yang paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti yang ditinggalkan oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia dipersetujui Presiden Amanah Mohamad Sabu, PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Salahuddin juga berkata, Amanah merupakan parti yang bersikap setiakawan dan tidak akan mengkhianati janji dalam berpakat.
Read More / Baca Lagi >>
Demikianlah Artikel Amanah parti setiakawan, Anwar tetap calon PM
Sekianlah artikel Amanah parti setiakawan, Anwar tetap calon PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Amanah parti setiakawan, Anwar tetap calon PM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/amanah-parti-setiakawan-anwar-tetap.html