Judul : Baju Merah nafi terima dedak daripada Umno
link : Baju Merah nafi terima dedak daripada Umno
Baju Merah nafi terima dedak daripada Umno
Oleh Haizal Yatiran
KUALA LUMPUR: Peserta himpunan Baju Merah nafi menerima 'dedak' daripada mana-mana pihak seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sebelum ini.
Salah seorang peserta yang enggan dikenali berkata, kehadiran mereka ke perhimpunan hari ini demi mempertahankan kerajaan yang dipilih secara demokrasi melalui Pilihan Raya.
"Kita datang sini untuk pertahan negara kita, pertahan kerajaan kita, apa masalahnya?
"Minta maaflah, lillahita'ala bang, baju pun beli sendiri bang. Mereka tu memang macam tu..fitnah tak habis-habis," katanya.
Peserta itu juga bertegas, kumpulan Baju Merah turun berdemonstrasi hari ini semata-mata mahu membantah tindakan BERSIH mengadakan himpunan.
Tambahnya, himpunan Baju Merah tidak akan wujud jika BERSIH tidak 'cari pasal'.
"Tiada kuning, tiada merah. Itu saja," katanya kepada pemberita.
Puluhan ribu peserta himpunan BERSIH 5 menyertai demonstrasi jalanan hari ini, bagi mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur.
Polis menganggarkan peserta himpunan BERSIH 5 lebih kurang 15,500 manakala peserta Baju Merah pula hanya 2,500 orang sahaja.
Sebanyak tiga tangkapan dibuat sepanjang himpunan ini berlangsung.
Demikianlah Artikel Baju Merah nafi terima dedak daripada Umno
Sekianlah artikel Baju Merah nafi terima dedak daripada Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Baju Merah nafi terima dedak daripada Umno dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/baju-merah-nafi-terima-dedak-daripada.html