Bekas SU Kerajaan Negeri sahkan Khalid tawar RM2.9b ambil alih SPLASH - Azmin

Bekas SU Kerajaan Negeri sahkan Khalid tawar RM2.9b ambil alih SPLASH - Azmin - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas SU Kerajaan Negeri sahkan Khalid tawar RM2.9b ambil alih SPLASH - Azmin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas SU Kerajaan Negeri sahkan Khalid tawar RM2.9b ambil alih SPLASH - Azmin
link : Bekas SU Kerajaan Negeri sahkan Khalid tawar RM2.9b ambil alih SPLASH - Azmin

Baca juga


Bekas SU Kerajaan Negeri sahkan Khalid tawar RM2.9b ambil alih SPLASH - Azmin

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini mendakwa mendapat bukti baru yang menyatakan Tan Sri Khalid Ibrahim ada menawarkan sejumlah RM2.9 bilion kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) bagi proses pengambilalihan syarikat konsesi berkenaan. 
 
Menurut Azmin, bukti berkenaan diperolehi daripada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud yang berkhidmat di bawah pentadbiran Khalid selaku Menteri Besar pada ketika itu,
 
"Pagi ini saya mendapat pengesahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri pada ketika itu Datuk Seri Ramli Mahmud yang mengesahkan itulah keputusan yang dibuat oleh Khalid ketika itu untuk menawarkan RM2.97 bilion kepada SPLASH. Ini patut dia jawab," katanya kepada pemberita di lobi DUN hari ini.
 
Azmin sebelum ini mempertahankan dakwaan beliau bahawa Khalid pernah menawarkan RM2.9 bilion kepada SPLASH untuk mengambil alih aset syarikat konsesi air itu.
 
Malah dakwa Azmin, beliau mempunyai bukti kukuh bagi menyokong dakwaannya.
 
Khalid dalam sidang medianya semalam bagaimanapun mempersoalkan sama ada kerajaan Negeri di bawah Azmin akan menggunakan simpanan wang rizab yang dimiliki mereka untuk membayar pampasan sebanyak RM2.7bilion kepada SPLASH.
 
Khalid menjangkakan adalah mustahil untuk kerajaan Pusat meluluskan sejumlah pinjaman yang besar untuk membuat pembayaran berkenaan.  
 
Namun Azmin menyanggah kenyataan Khalid dengan menyatakan kerajaan negeri mempunyai pelbagai inisiatif bagi menampung nilai yang ditetapkan kelak. 
 
"Itu tanggungjawab kerajaan Negeri Selangor. Saya sudah sebut tadi kita ada pelbagai inisiatif untuk mencari hasil-hasil baru dan itu memang pendirian kerajaan negeri bukan sahaja bergantung kepada sumber hasil tanah tapi kita sedang cari sumber-sumber baru termasuk premium petak yang baru diperkenalkan mulai 1 Januari dan menggunakan pendekatan smart solution untuk meningkatkan efisiensi dalam meningkatkan hasil negeri.
 
"Jangan dia alih daripada isu perbahasan hari ini. Persoalannya dia menuduh saya membayar 10 kali ganda ini satu pembohongan kerana dialah yang membayar RM2.9 bilion kepada SPLASH," jawab Azmin kepada kenyataan Khalid.
 
Sebelum ini Khalid mendakwa Azmin dikatakan hampir bersetuju untuk membayar jumlah pampasan yang dituntut SPLASH iaitu RM2.7 bilion, peningkatan sebanyak RM2.45 bilion daripada tawaran asal yang berjumlah RM 250 juta.
 
Oleh yang demikian Azmin mencabar Khalid untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau.  
 
"Dia (Khalid) ada ruang sebagai ADUN ketika perbahasan, ketika penggulungan dan pertanyaan. Kamu ada lihat dia selama 10 hari bersidang. Tidak ada," soal Azmin. 
 
 


Demikianlah Artikel Bekas SU Kerajaan Negeri sahkan Khalid tawar RM2.9b ambil alih SPLASH - Azmin

Sekianlah artikel Bekas SU Kerajaan Negeri sahkan Khalid tawar RM2.9b ambil alih SPLASH - Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas SU Kerajaan Negeri sahkan Khalid tawar RM2.9b ambil alih SPLASH - Azmin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/bekas-su-kerajaan-negeri-sahkan-khalid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :