Judul : DI SEBALIK BERSIH 5, GANASNYA 1MDB SELAMA INI JANGAN SESEKALI DILUPA
link : DI SEBALIK BERSIH 5, GANASNYA 1MDB SELAMA INI JANGAN SESEKALI DILUPA
DI SEBALIK BERSIH 5, GANASNYA 1MDB SELAMA INI JANGAN SESEKALI DILUPA
Esok, Sabtu 19 November akan berlangsung perhimpunan aman Bersih 5 di sekitar Dataran Merdeka. Sebagai rakyat yang bebas dan merdeka, adalah hak setiap kita untuk bersuara, malah Suhakam atau Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia sendiri turut mengesahkan perkara yang menjadi milik rakyat itu, termasuk bagi penjawat awam, pelajar universiti dan juga ahli akademik.
Menurut Pengerusi Suhakam, Razali Ismail, adalah menjadi perlanggaran terhadap Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan jika hak kebebasan untuk berhimpun secara aman itu disekat.
Tetapi, dalam kita berhimpun dan menyuarakan bantahan bersama-sama Bersih 5, isu dan ganasnya 1MDB selama ini jangan sesekali kita lupakan. Terbaru, beberapa Ahli Parlimen yang bersuara mengenainya sudah disiasat dan mungkin akan didakwa, manakala Rafizi Ramli yang lantang bersuara sudah pun dihukum penjara.
Jika kita imbau pelbagai kepelikan yang telah berlaku dalam negara sejak timbulnya isu 1MDB ini, ia seharusnya lebih merangsang lagi untuk kita turun beramai-ramai pada esok hari. 1MDB adalah "bala" dan "kecelakaan" yang membebankan rakyat dan negara.
Untuk itu, mari kita teliti apa kata Mahfuz Omar mengenainya:-
LAPORAN AUDIT 1MDB DIRAHSIA: RAFIZI DIPENJARA, RIZA AZIZ DAN JHO LOW BEBAS MERATA.
1. Isu skandal 1MDB terus menimbulkan persoalan panas masyarakat Malaysia dan antarabangsa.Isu ini terus menjadi hangat apabila Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerana didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1MDB pada Mac lalu dibawah akta rahsia rasmi (OSA).
Rafizi Ramli yang juga Setiausaha Agung PKR dikenakan sabitan jenayah dan hukuman penjara hanya kerana berani mendedahkan penyelewengan dana kerajaan sebaliknya mereka yang terlibat seperti Riza Aziz dan Jho Low dalam salah laku 1MDB membabitkan wang rakyat terus 'bebas merata'.
2. Kenapa kerajaan pada peringkat awal isu 1MDB didedahkan, PM Najib menafikan wujudnya penyelewengan tetapi apabila didesak, kerajaan memberi jaminan tidak akan menyembunyikan Skandal Negara sebagaimana yang PM Najib kata 'Nothing To Hide', tiada apa yang mahu disembunyikan serta PM Najib mengarahkan suatu 'Audit Khas' dijalankan oleh Ketua Audit negara dengan meminta semua pihak bersabar menunggu laporan audit selesai.
"Bukannya untuk menghukum mereka yang terlibat dalam skandal kleptokrasi itu, tetapi menghukum individu yang berani menegakkan kebenaran berkaitan 1MDB".
3. Kini bila laporan audit dah selesai diaudit dan siap untuk menjadi tetapan umum malangnya PM Najib dengan tiba tiba mengklasifikasikan laporan tersebut sebagai rahsia rasmi dibawah Akta Rahsia Rasmi.
Persoalannya apa 'motif' PM Najib mengarahkan siasatan audit dilakukan jika untuk dirahsiakan.Untuk apa audit dilakukan keatas 1MDB kalau tak boleh dimiliki dan diketahui rakyat Malaysia.
Lebih baik dari awal tidak di audit dan apakah perkara yang nak dirahsiakan dari pengetahuan umum?
4. Jika PM Najib yakin yang laporan tersebut tiada unsur rasuah dan penyelewengan mencuri wang 1MDB yang membabbitkan dirinya sendiri apa keperluan untuk dirahsiakan?. Kenapa perlu takut untuk dedahkan kepada umum?
"Saya cabar PM Najib menjadikan dokumen laporan audit 1MDB dibuka untuk tetapan umum.
5. Tindakan meletakan laporan audit 1MDB tersebut sebagai rahsia dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) membangkitkan keyakinan masyarakat bahawa adanya unsur rasuah,penyelewengan dan perbuatan mencuri wang 1MDB yang dilakukan oleh satu 'pakatan jahat' negara dibawah kepimpinan Najib.
"Jika laporan tersebut tidak menjadi dokumen rahsia sudah tentu Rafizi Ramli tidak dijatuhkan hukuman penjara".
Merahsiakan laporan audit 1MDB dan memenjarakan Rafizi Ramli tidak lain daripada untuk menyelamat dan melindungi pencuri wang 1MDB.
Oh Tanahair Ku..Malaysia!
"Penyelamat Di Penjara Pencuri Dibela"
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena.
Demikianlah Artikel DI SEBALIK BERSIH 5, GANASNYA 1MDB SELAMA INI JANGAN SESEKALI DILUPA
Sekianlah artikel DI SEBALIK BERSIH 5, GANASNYA 1MDB SELAMA INI JANGAN SESEKALI DILUPA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DI SEBALIK BERSIH 5, GANASNYA 1MDB SELAMA INI JANGAN SESEKALI DILUPA dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/di-sebalik-bersih-5-ganasnya-1mdb.html