Judul : Irmohizam minta SPRM siasat dakwaan Khalid terhadap isu SPLASH
link : Irmohizam minta SPRM siasat dakwaan Khalid terhadap isu SPLASH
Irmohizam minta SPRM siasat dakwaan Khalid terhadap isu SPLASH
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat kenyataan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH).
Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata siasatan itu perlu memandangkan kenyataan Khalid menyentuh soal tadbir urus dan integriti kerajaan negeri.
"Ini merupakan isu integriti yang harus dilihat secara serius kerana ia dikaitkan dengan penggunaan duit rakyat. Kenyataan Tan Sri Khalid merupakan satu kenyataan yang mempunyai fakta yang perlu dijawab oleh kepimpinan kerajaan negeri Selangor," katanya kepada pemberita di Parlimen semalam.
Abdul Khalid sebelum ini menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengatakan kerajaan Selangor ketika di bawah pimpinannya menawarkan sebanyak RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti SPLASH antara 2008 dan 2014.
Mohamed Azmin baru-baru ini dilaporkan mendakwa Abdul Khalid, sewaktu memegang jawatan menteri besar tidak pernah memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri berkenaan tawaran RM2.975 bilion yang dibuat kepada Splash melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya pada 19 Julai 2009.
Sementara itu ketika ditanya jika Barisan Nasional Selangor akan membuat laporan kepada SPRM berhubung kenyataan Abdul Khalid itu, Irmohizam berkata mereka akan mendapatkan dahulu kenyataan balas daripada kerajaan negeri Selangor.
Tambahnya kenyataan Abdul Khalid itu perlu dijawab kerana ia menimbulkan spekulasi dalam kalangan rakyat mengenai tadbir urus air yang dilihat semakin lemah dan menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat negeri Selangor.
Demikianlah Artikel Irmohizam minta SPRM siasat dakwaan Khalid terhadap isu SPLASH
Sekianlah artikel Irmohizam minta SPRM siasat dakwaan Khalid terhadap isu SPLASH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Irmohizam minta SPRM siasat dakwaan Khalid terhadap isu SPLASH dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/irmohizam-minta-sprm-siasat-dakwaan.html