Judul : Lebih 260,000 peminjam PTPTN dilarang ke luar negara
link : Lebih 260,000 peminjam PTPTN dilarang ke luar negara
Lebih 260,000 peminjam PTPTN dilarang ke luar negara
Jumlah mereka yang gagal membayar hutang belajar itu meningkat 4 kali ganda berbanding tahun lalu, dan disekat daripada ke luar negara, menurut Jabatan Imigresen.
PETALING JAYA: Jumlah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membuat bayaran semula dilarang ke luar negara meningkat 4 kali ganda berbanding tahun lalu, lapor akhbar New Straits Times (NST).
Menurut statistik dikeluarkan Jabatan Imigresen, seramai 707,304 dilarang meninggalkan negara setakat ini bagi 2016, dan peminjam PTPTN yang paling ramai dengan 261,833 kes. Tahun lalu, terdapat 55,839 peminjam dilarang ke luar negara.
Kumpulan kedua terbesar rakyat Malaysia yang disenaraihitamkan tidak boleh ke luar negara ialah mereka yang diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi dengan 212,927 kes sementara 128,187 orang yang tidak membayar cukai berada dalam kumpulan ketiga terbanyak.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata peningkatan jumlah mereka yang disekat ke luar negara disebabkan mereka tidak sedar nama sudah disenaraihitamkan dan menjadi antara sebab perjalanan tertangguh di lapangan terbang.
“Mereka tiba di lapangan terbang tanpa tahu status mereka dan akhirnya menyebabkan penumpang lain terpaksa beratur panjang di kaunter daftar masuk,” katanya dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.
Katanya, jumlah akan terus meningkat dengan penambahan agensi yang meminta jabatannya menghentikan sesiapa yang tidak membayar hutang tertentu supaya tidak dapat ke luar negara.
“Nama individu berkenaan akan diletakkan dalam Senarai Suspek, yang semakin bertambah setiap hari.
“Sistem eGate kami akan melalui pangkalan data dan nama yang ada dalam senarai itu tidak akan dibenarkan berlepas. Sistem itu tidak akan menyertakan butiran mengapa mereka tidak dibenarkan ke luar negara.
“Individu yang disenaraihitamkan itu kemudian akan dibawa ke kaunter lain dan diberikan nombor agensi berkaitan,” katnaya.
Read More / Baca Lagi >>
Demikianlah Artikel Lebih 260,000 peminjam PTPTN dilarang ke luar negara
Sekianlah artikel Lebih 260,000 peminjam PTPTN dilarang ke luar negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lebih 260,000 peminjam PTPTN dilarang ke luar negara dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/lebih-260000-peminjam-ptptn-dilarang-ke.html