Judul : Menteri besar Perak kesal dituduh tidak pandai Matematik
link : Menteri besar Perak kesal dituduh tidak pandai Matematik
Menteri besar Perak kesal dituduh tidak pandai Matematik
Sejak 2010, rekod prestasi kewangan Perak menunjukkan pencapaian baik yang mengakhiri bajet tahunan dengan lebihan sekalipun pada peringkat penyediaan ia dianggap defisit.
IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir kesal dengan tindakan pembangkang yang melemparkan pelbagai tohmahan berikutan pembentangan bajet defisit untuk tahun depan.
Zambry berkata antara tuduhan itu termasuk menuduh beliau “tidak pandai Matematik”.
Beliau berkata setiap tahun kerajaan negeri akan membentangkan bajet defisit, namun seperti tahun-tahun sebelumnya ia berakhir dengan lebihan.
“Kita tidak mahu terlalu optimistik. Sebagai perancang kewangan biasanya kita mesti cuba mengurangkan unjuran berlebih-lebihan, tetapi sepanjang kita membentangkan bajet (defisit) ia akan berakhir dengan lebihan.
“Pembangkang sedar perkara ini namun menjadi kebiasaan mereka mengkritik apa sahaja kerajaan lakukan kerana kalau bersetuju bermakna mereka tewas,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan Bajet Perak 2017 di sini hari ini.
Kerajaan Perak memperuntukkan RM1.07 bilion bagi Bajet 2017 dan ia diunjur sebagai bajet desifit sebanyak RM129.67 juta.
Sejak 2010, rekod prestasi kewangan Perak menunjukkan pencapaian baik iaitu mengakhiri bajet tahunan dengan lebihan sekalipun pada peringkat penyediaan ia dianggap defisit.
Jelas Zambry peningkatan defisit yang agak besar itu disebabkan peruntukan RM100 juta untuk Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN) yang akan digerakkan semula mulai tahun depan.
Katanya peruntukan itu akan diletakkan dalam satu tabung khas untuk menggerakkan ekonomi negeri untuk manfaat rakyat.
Demikianlah Artikel Menteri besar Perak kesal dituduh tidak pandai Matematik
Sekianlah artikel Menteri besar Perak kesal dituduh tidak pandai Matematik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Menteri besar Perak kesal dituduh tidak pandai Matematik dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/menteri-besar-perak-kesal-dituduh-tidak.html