Judul : PAS yakin RUU355 dibentang pada akhir sidang
link : PAS yakin RUU355 dibentang pada akhir sidang
PAS yakin RUU355 dibentang pada akhir sidang
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri menjangkakan, pindaan RUU itu dapat dibentangkan pada 23 atau 24 November ini.
"Insya-ALLAH pada tarikh berkenaan, tunggu dan lihat," katanya kepada Sinar Online di lobi Parlimen, hari ini.
RUU itu bertujuan meminda Seksyen 2 akta itu bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam, dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1, Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.
Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.
Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan beliau tidak pasti jika ada masa bagi RUU Persendirian yang dibawa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk dibentangkan di Parlimen.
Demikianlah Artikel PAS yakin RUU355 dibentang pada akhir sidang
Sekianlah artikel PAS yakin RUU355 dibentang pada akhir sidang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS yakin RUU355 dibentang pada akhir sidang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/pas-yakin-ruu355-dibentang-pada-akhir.html