Judul : Selangor catat 15 kes pencemaran sungai tahun ini, kata exco
link : Selangor catat 15 kes pencemaran sungai tahun ini, kata exco
Selangor catat 15 kes pencemaran sungai tahun ini, kata exco
Sungai Langat paling kerap tercemar, iaitu sebanyak 7 kali sehingga menyebabkan LRA Langat terpaksa ditutup dan lebih sejuta pengguna terjejas.
SHAH ALAM: Sebanyak 15 kes pencemaran sungai berlaku di Selangor sepanjang tahun ini, kata exco, Elizabeth Wong.
Beliau berkata, Sungai Langat paling kerap tercemar, iaitu sebanyak 7 kali sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Langat terpaksa ditutup dan lebih sejuta pengguna di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang terjejas.
“Sungai Langat mencatat pencemaran sungai sebanyak 7 kali, di mana 4 kali disebabkan pencemaran ammonia kerana ketika itu tahap air sungai sangat rendah, maka LRA terpaksa berhenti operasi supaya pencairan ammonia boleh dilakukan.
“Dua kali dari pencemaran berlaku pada September dan Oktober adalah akibat pencemaran di Sungai Semantan, Pahang.
“Empat kali pencemaran berasal daripada premis tidak berlesen di Sungai Lalang, 2 kali dikenal pasti datang daripada Sungai Semantan, Pahang dan 2 kali di Nilai, Negeri Sembilan,” katanya ketika berucap di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.
Wong berkata demikian menjawab pertanyaan lisan Adun BN Semenyih, Datuk Johan Aziz mengenai jumlah kes gangguan bekalan air akibat pencemaran sungai sepanjang tahun ini.
Adun PKR Bukit Lanjan itu bagaimanapun tidak menamakan syarikat atau individu yang terbabit dalam pencemaran di kawasan berkenaan.
Katanya, kes terbaharu membabitkan pencemaran air di LRA Labu, Ahad lalu, ekoran kemalangan mengakibatkan tumpahan minyak sawit, namun loji tidak ditutup sepenuhnya.
“LRA tidak ditutup terlalu lama kerana kita gunakan sistem ORS (Off River System), di mana kita dapat air daripada sistem tersebut sementara pembersihan berlaku di kawasan tersebut.”
Wong pernah berkata, kerajaan Selangor sudah membuka kertas siasatan berhubung pencemaran bau di sungai itu dan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk proses pendakwaan dalam tempoh terdekat.
Loji Pembersihan Air (LPA) Sungai Semenyih terpaksa ditutup 8 kali, iaitu pada 22 hingga 24 September lalu serta 3, 23 dan 28 Oktober lalu ekoran pencemaran.
Pencemaran itu turut menjejaskan operasi LRA Langat dan Cheras Batu 11 pada 7 dan 8 Oktober lalu.
Demikianlah Artikel Selangor catat 15 kes pencemaran sungai tahun ini, kata exco
Sekianlah artikel Selangor catat 15 kes pencemaran sungai tahun ini, kata exco kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Selangor catat 15 kes pencemaran sungai tahun ini, kata exco dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/selangor-catat-15-kes-pencemaran-sungai.html