Judul : 'Sultan Melaka' tak mengaku salah di mahkamah
link : 'Sultan Melaka' tak mengaku salah di mahkamah
'Sultan Melaka' tak mengaku salah di mahkamah
MALAYSIA KINI
Seorang ahli perniagaan, Noor Jan Tuah hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Melaka, atas pertuduhan memperdayakan empat lelaki dengan menyamar sebagai ‘Sultan Melaka’ tiga tahun lalu.
Noor Jan, 59, dari Taman Seri Gombak, Selangor membuat pengakuan tidak bersalah selepas jurubahasa membacakan empat kertas pertuduhan secara berasingan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Noor Jan didakwa telah menyamar dan memperdayakan masing-masing empat lelaki berusia antara 35 hingga 66 tahun untuk menganjurkan majlis istiadat penyerahan surat pelantikan sebagai Sultan Melaka.
Semua pertuduhan itu didakwa dilakukan pada kira-kira jam 10 malam di sebuah pusat peranginan di Alor Gajah pada 28 Disember 2013.
Dia didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Chee Thim dan Ifa Sirrhu Samsudin, manakala tertuduh diwakili peguam bela Surjan Singh Sidhu.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 21 Disember ini sebagai sebutan semula kes.

Demikianlah Artikel 'Sultan Melaka' tak mengaku salah di mahkamah
Sekianlah artikel 'Sultan Melaka' tak mengaku salah di mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Sultan Melaka' tak mengaku salah di mahkamah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/sultan-melaka-tak-mengaku-salah-di.html