Taksub punca ramai tinggalkan Perkasa - Irwan Fahmi

Taksub punca ramai tinggalkan Perkasa - Irwan Fahmi - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Taksub punca ramai tinggalkan Perkasa - Irwan Fahmi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Taksub punca ramai tinggalkan Perkasa - Irwan Fahmi
link : Taksub punca ramai tinggalkan Perkasa - Irwan Fahmi

Baca juga


Taksub punca ramai tinggalkan Perkasa - Irwan Fahmi

 
 
Irwan Fahmie Idris
Irwan Fahmie Idris


Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Irwan Fahmi Ideris berkata, gelombang orang Melayu ketika ini dipecahkan oleh parti politik dan menjadikan mereka kini berpuak-puak.

Katanya, perpecahan itu berpunca daripada sikap taksub orang Melayu terhadap pemimpin tertentu sehingga ramai ahli Perkasa bertindak keluar dari pertubuhan itu untuk mengikut parti yang kononnya membela orang Melayu.

“Sepatutnya ahli Perkasa tidak perlu batalkan keahliannya kerana hendak mengikuti parti politik kerana Perkasa adalah sebuah pertubuhan, bukan parti tetapi kerana mereka taksub kepada pemimpin tertentu, mereka tinggalkan Perkasa demi untuk meneruskan kelangsungan dalam politik,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Persidangan Serentak Sayap-Sayap Perkasa Malaysia - Pribumi Pasca 2020: Kelangsungan Ekonomi dan Keselamatan Nasional di Hotel Regency di sini hari ini.

Menurut Irwan Fahmi, hala tuju Perkasa selepas PRU 12 pada 2008, menyokong Barisan Nasional (BN) kerana pertubuhan itu tidak ada pilihan.

“Dulu kita sokong BN kerana kita tidak ada pilihan. BN yang diterajui UMNO, satu-satunya parti orang Melayu. Sebab itu kita nyatakan pendirian mahu sokong BN tetapi selepas PRU 13, apa yang kita harapkan kepada BN tidak mencapai hakikat, maka saya secara peribadi membuat kenyataan meminta Najib meletakkan jawatan,” ujarnya sambil menambah tidak kesal dengan kenyataannya itu.

Irwan Fahmi turut mendesak kerajaan jangan terlalu menindas rakyat dengan menarik balik subsidi dan menaikkan kadar tol serta petrol.

Katanya, pemimpin tidak merasa kesan itu kerana mereka tidak pernah membayar tol atau mengeluarkan duit poket untuk mengisi petrol.

“Semuanya guna duit kerajaan yang diperoleh secara menekan rakyat,” ujarnya lagi.

Persidangan itu dirasmikan Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Datuk Sirajuddin Salleh.--MalaysiaGazette




Demikianlah Artikel Taksub punca ramai tinggalkan Perkasa - Irwan Fahmi

Sekianlah artikel Taksub punca ramai tinggalkan Perkasa - Irwan Fahmi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Taksub punca ramai tinggalkan Perkasa - Irwan Fahmi dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/taksub-punca-ramai-tinggalkan-perkasa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :