Judul : Tangkapan warga asing pandu kenderaan berat meningkat
link : Tangkapan warga asing pandu kenderaan berat meningkat
Tangkapan warga asing pandu kenderaan berat meningkat
SELANGOR KINISHAH ALAM: Tangkapan pemandu kenderaan berat membabitkan warga asing meningkat sekali ganda dan membimbangkan.
Perkara itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor apabila 42 pemandu warga asing ditahan berikutan membawa lebih muatan sepanjang Ops Ganda 2 yang berlangsung sebulan berakhir 4 November lalu di seluruh Selangor.
Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md Taib berkata, daripada jumlah itu, seramai 22 warga Indonesia, India (14) dan Pakistan (6).
“Berbanding Ops Ganda 1 bermula 26 April berakhir 26 Mei lalu, tangkapan pemandu warga asing hanya 26 sahaja membabitkan 12 warga Indonesia, India (8) dan Pakistan (6).
“Operasi ini memberi tumpuan terhadap kenderaan berat untuk memastikan ia membawa muatan mengikut had dibenarkan dan tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain,” lapor Bernama.
Pemandu kenderaan berat melanggar peraturan akan diambil tindakan mengikut Seksyen 63 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman kompaun maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Demikianlah Artikel Tangkapan warga asing pandu kenderaan berat meningkat
Sekianlah artikel Tangkapan warga asing pandu kenderaan berat meningkat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tangkapan warga asing pandu kenderaan berat meningkat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/tangkapan-warga-asing-pandu-kenderaan.html