Judul : Terkini: Polis Sudah Bersedia Untuk Menerima Arahan Daripada Khalid Mantin
link : Terkini: Polis Sudah Bersedia Untuk Menerima Arahan Daripada Khalid Mantin
Terkini: Polis Sudah Bersedia Untuk Menerima Arahan Daripada Khalid Mantin
8am: Keadaan tenang menjelang perhimpunan pagi ini
Peserta perhimpunan dijadual berkumpul di Jalan Bangsar dan Masjid Negara. Keadan masih tenang walaupun sekatan jalan raya mula dilakukan. Kelihatan pihak polis sudah siap sedia untuk menerima arahan daripada KPN
Dataran Merdeka di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman ditutup.
Di Bangsar, jalan dari Jalan Maarof ke Jalan Bangsar telah ditutup di mana Dataran Maybank merupakan salah satu tempat BERSIH akan berkumpul.
Keadaan kelihatan seperti biasa di Jalan Petaling dengan para peniaga membuka perniagaan mereka.
Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan setiausaha sekretariat gabungan itu, Mandeep Singh beserta beberapa ahli politik ditahan
Turut ditahan ialah pemimpin baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos pada pukul 1.30 pagi tadi. Malaysian masih dibelenggu krisis politik dan korupsi yang terbesar dalam sejarah negara. Skandal 1MDB mula didedahkan di parlimen pada 2010, tetapi rakyat Malaysia masih belum mendapat jawapan sebenar mengenai isu ini. Perdana Menteri Najib Razak dan Jemaah menteri sebaliknya berdiam diri.
Saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (US DOJ) mendedahkan dengan lebih lanjut betapa besarnya skandal 1MDB. Pengakuan oleh Menteri Rahman Dahlan bahawa Malaysian Official 1 (MO1) ialah Perdana Menteri Najib Razak turut mengesahkan bahawa wang daripada skandal 1MDB telah digunakan untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 pada tahun 2013.
Oleh itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH5.0) menegaskan bahawa Perdana Menteri Najib Razak harus meletak jawatan dengan serta-merta untuk membolehkan siasatan bebas dijalankan.
BERSIH5.0 percaya bahawa suatu tindakan protes adalah diperlukan. Rakyat Malaysia harus menyatukan tenaga dan mengambil pendirian tegas menentang skandal korupsi ini dan kegagalan institusi-institusi. Rakyat Malaysia perlu menuntut perubahan.
Tuntutan BERSIH5 – reformasi institusi untuk Malaysia Baru
1. Pilihan Raya Bersih
2. Kerajaan Bersih daripada rasuah
3. Kukuhkan Demokrasi Berparlimen
4. Hak Membantah
5. Memperkasa Sabah dan Sarawak
Demikianlah Artikel Terkini: Polis Sudah Bersedia Untuk Menerima Arahan Daripada Khalid Mantin
Sekianlah artikel Terkini: Polis Sudah Bersedia Untuk Menerima Arahan Daripada Khalid Mantin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Terkini: Polis Sudah Bersedia Untuk Menerima Arahan Daripada Khalid Mantin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/terkini-polis-sudah-bersedia-untuk.html