Judul : Tun M bertemu MP pembangkang bincang isu kebebasan bersuara
link : Tun M bertemu MP pembangkang bincang isu kebebasan bersuara
Tun M bertemu MP pembangkang bincang isu kebebasan bersuara
Tan Su Lin, Astro Awani
Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di Parlimen hari ini bagi bermesyuarat dengan ahli-ahli Parlimen pembangkang, di sini, hari ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di Parlimen hari ini bagi bermesyuarat dengan ahli-ahli Parlimen pembangkang, di sini, hari ini.
Ia antara lain bagi membincangkan dakwaan wujudnya usaha menyekat kebebasan ahli Parlimen khususnya daripada pihak pembangkang untuk bersuara di Dewan Rakyat.
Turut hadir pada mesyuarat berkenaan ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Pribumi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal; dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Pada Isnin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya berkaitan 1MDB di Parlimen baru-baru ini.
Selain Shafie, turut dipanggil ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Husni Hanadzlah yang juga dipercayai mempunyai kaitan dengan ucapan mereka semasa membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.
Demikianlah Artikel Tun M bertemu MP pembangkang bincang isu kebebasan bersuara
Sekianlah artikel Tun M bertemu MP pembangkang bincang isu kebebasan bersuara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun M bertemu MP pembangkang bincang isu kebebasan bersuara dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/tun-m-bertemu-mp-pembangkang-bincang.html