Amanah tiada niat heret PKR - Anuar Tahir

Amanah tiada niat heret PKR - Anuar Tahir - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah tiada niat heret PKR - Anuar Tahir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah tiada niat heret PKR - Anuar Tahir
link : Amanah tiada niat heret PKR - Anuar Tahir

Baca juga


Amanah tiada niat heret PKR - Anuar Tahir

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah tidak pernah berniat untuk meletakkan PKR dalam situasi yang sukar selepas PAS 'mengugut' untuk bertanding di kerusi milik parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu.   
 
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, PKR tidak patut diheret ekoran pendirian Amanah yang mahu bertanding di kerusi milik PAS. 
 
Anuar turut melahirkan rasa hairan dengan sikap PAS yang seolah-olah mendesak PKR untuk menjaga 'tindak tanduk' Amanah.
 
"Kita boleh berunding. Tidak ada sesiapa yang 'indispensable' dalam politik Malaysia. Saya rasa tidak timbul soal itu. Malah kita telah berikan ruang yang panjang. 
 
"Kita boleh memilih keluar dari kerajaan Selangor jika PKR ingin kekalkan PAS. Namun kami tak pilih sikap begitu. Kita memilih untuk bersama, sebagai sokongan dalam kerajaan negeri. 
 
"Saya rasa politik ugut ini... Saya hairan mereka sebut politik matang. Di mana kematangannya?," soalnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Anuar memberikan reaksinya terhadap kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad bahawa PAS akan bertanding di kerusi PKR sekiranya parti pimpinan Wan Azizah itu gagal 'mengawal' rakannya, Amanah daripada mengusik kawasan PAS dalam PRU14 kelak.
 
Mahfodz dalam kenyataannya kepada Antarapos semalam berkata, PAS berkali-kali memberikan komitmen untuk menjayakan konsep satu lawan satu demi pilihan raya berkenaan, dengan syarat kerusi miliknya tidak diusik.
 
Bagaimanapun konsep itu dilihat sukar dijayakan memandangkan Amanah kerap kali mengumumkan hasrat untuk bertanding di kesemua kerusi PAS.
 
"Sekiranya PAS berterusan dengan sikap yang tidak mahu bersama pembangkang utama yang lain, maka itu hak mereka untuk menentukan sama ada mereka akan terus bersendirian dan melawan sesiapa sahaja. Atau ingin mengadakan kerjasama dengan Umno selepas hubungan yang semakin intim. Maka terpulang kepada PAS. 
 
"PH dan PPBM telah bersepakat untuk melihat suatu pertandingan untuk berdepan Umno-BN. Jadi ada yang memilih sokong BN secara langsung atau tidak langsung, kita tidak ada pilihan, sebaliknya maju ke depan," ujarnya.
 
Anuar juga menyifatkan perkembangan semasa yang membabitkan PAS itu sebagai tidak sihat, sekaligus menyerlahkan keengganan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu untuk berbincang sesama pembangkang.
 
"Jika mereka memikirkan masa depan dengan sistem demokrasi yang baik, mereka perlu buat keputusan sendiri. Kita sudah menunggu begitu lama, mengambil sikap rasional, tiada dendam politik yang harus dipanjangkan. 
 
"Kita boleh berbeza pandangan, kerana itu kita memilih untuk mewujudkan parti Islam baru, generasi kedua parti Islam. Kita buat keputusan itu dengan penuh keyakinan dan kita merangka supaya ia menjadi sebuah parti Islam yang menjadi pilihan," demikian menurut Anuar lagi.
 
PAS kini membentuk blok ketiga iaitu Gagasan Sejahtera yang disertai oleh Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
 
Sementara itu Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah telah menandatangani perjanjian muafakat politik bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam menjayakan konsep satu lawan satu dalam PRU14 akan datang.
 
 


Demikianlah Artikel Amanah tiada niat heret PKR - Anuar Tahir

Sekianlah artikel Amanah tiada niat heret PKR - Anuar Tahir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah tiada niat heret PKR - Anuar Tahir dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/amanah-tiada-niat-heret-pkr-anuar-tahir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :