Apa akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada Anwar ?

Apa akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada Anwar ? - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada Anwar ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada Anwar ?
link : Apa akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada Anwar ?

Baca juga


Apa akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada Anwar ?

THE MALAYSIAN TIMES


anwar-saiful


KUALA LUMPUR :  Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan Lim Kit Siang semalam, berbunyi seolah-olah isu siapa yang akan menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya telah selesai, sedangkan pada hakikatnya tidak demikian.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menegaskan bahawa sebelum ini Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pernah berkata jika Pakatan Harapan memenangi PRU akan datang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri yang baharu.

“Sebelum ini, dalam satu ceramah di United Kingdom (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata (Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia – PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi perdana menteri, kemudian berpatah balik dengan berkata masih terlalu awal membuat keputusan itu.

“Kini, Kit Siang menyatakan (Presiden PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Muhyiddin, masing-masing akan menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara,” katanya dalam blognya http://ift.tt/1iYjenR, malam Sabtu.

Media tempatan melaporkan, pada majlis di Pulau Pinang malam semalam, penasihat DAP Lim Kit Siang dilaporkan mencadangkan Wan Azizah dan Muhyiddin menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara jika pembangkang memenangi PRU akan datang.

“Ini bermakna Wan Azizah akan menjadi perdana menteri hanya untuk beberapa bulan sehingga Anwar mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, dibebaskan dari penjara, anggota Parlimen PKR akan mengosongkan kerusi, pilihan raya kecil diadakan, dan Anwar memenangi pilihan raya itu dan mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri, keseluruhan proses mengambil masa beberapa bulan,” kata Salleh.

Bendahari UMNO itu berkata apabila Anwar mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri, beliau kemudian akan memilih timbalannya bagi menggantikan Muhyiddin yang merupakan timbalan perdana menteri sementara.

“Siapa bakal timbalan perdana menteri Anwar tidak diketahui di peringkat ini,” katanya.

Salleh juga menegaskan bahawa Kit Siang tidak memaklumkan sama ada cadangan perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara itu berdasarkan kata sepakat, sama ada mendapat persetujuan daripada semua parti dalam Pakatan, termasuk Mahathir yang merupakan Pengerusi PPBM.

Menteri itu mempersoalkan sama ada perkara itu terpakai sekiranya DAP memenangi jumlah kerusi Parlimen paling banyak pada PRU akan datang dan sebahagian yang dimenanginya adalah menerusi calon Melayu mereka.

“Apa akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada Anwar kerana Anwar tidak pernah memohonnya? Adakah Anwar bersetuju untuk memohon pengampunan atau beliau masih berkeras tidak akan memohon perkara itu kerana ini sama seperti mengaku bersalah?.

“Adakah perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara itu akan terus memegang jawatan berkenaan selama tempoh tidak pasti, jika Anwar gagal mendapat pengampunan dan dibebaskan?,” tanya Salleh.

Salleh berkata Kit Siang juga perlu memberitahu apa akan berlaku jika Anwar tidak mendapat pengampunan dan dibebaskan dari penjara.

“Jadi, kita tahu apa pelan sandaran atau alternatif beliau,” katanya.



Demikianlah Artikel Apa akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada Anwar ?

Sekianlah artikel Apa akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada Anwar ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada Anwar ? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/apa-akan-berlaku-jika-yang-di-pertuan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :