'Biarlah parti politik tubuh perniagaan bebas cukai'

'Biarlah parti politik tubuh perniagaan bebas cukai' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Biarlah parti politik tubuh perniagaan bebas cukai', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Biarlah parti politik tubuh perniagaan bebas cukai'
link : 'Biarlah parti politik tubuh perniagaan bebas cukai'

Baca juga


'Biarlah parti politik tubuh perniagaan bebas cukai'

Zikri Kamarulzaman


Parti-parti politik tempatan harus dibenarkan untuk menubuhkan entiti perniagaan bagi membiayai aktiviti, cadang Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Ujar Abdul Kadir, cadangan itu akan mengelakkan parti-parti politik daripada bergantung kepada sumbangan politik.

"Jadi, jika syarikat didaftarkan di bawah parti untuk membiayai perbelanjaan, mereka berhak untuk mendapatkan pengecualian cukai.

"Sebagai contoh cukai sifar atau cukai nominal 10 peratus," tambahnya.

Cadangan itu adalah salah satu cadangan yang dibangkitkan semasa mesyuarat bersama PAS dan Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) di Institut Integriti Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu, Abdul Kadir menambah, walaupun parti-parti politik dibenarkan untuk menubuhkan syarikat pada masa ini, perlu ada undang-undang yang mengawal selianya.

Sebagai contoh, katanya lagi, perlu ada persaingan yang adil dan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh parti-parti politik tidak perlu diberi keistimewaan khas.

"Ia perlu telus, melalui tender terbuka dan perkara-perkara seperti itu," kata beliau yang juga bekas menteri kabinet.

Kata beliau, syarikat-syarikat tersebut juga perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan



Demikianlah Artikel 'Biarlah parti politik tubuh perniagaan bebas cukai'

Sekianlah artikel 'Biarlah parti politik tubuh perniagaan bebas cukai' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Biarlah parti politik tubuh perniagaan bebas cukai' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/biarlah-parti-politik-tubuh-perniagaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :