Judul : Bincang masalah global bukan khilafiah
link : Bincang masalah global bukan khilafiah
Bincang masalah global bukan khilafiah
Serba tidak kena kalau Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) buat. Politik sempit dan seolah-olah radar hidup dan fikiran bercelaru. Kehadiran TGHH di dalam program Majma' Taqrib bainal mazahib bukan perkara baru. Sudah 30 tahun program ini berjalan. Anjuran Kerajaan Iran. Turut dihadiri oleh ulamak sunni dan syiah. Kenapa pula pada tahun ini menjadi polemik? Perbincangan lebih kepada persamaan untuk masalah umat Islam.
Mereka tidak bincang bab tahlil, sambutan maulid boleh atau tidak. Mereka tidak bincang solat tarawih 8 atau 20 rakaat, qunut boleh atau tidak, tahiyyat bergerak jari atau tidak, boleh sapu muka atau tidak waktu memberi salam.
Mereka tidak leka dengan perbuatan untuk membidaahkan sesama umat sehingga menimbulkan perpecahan umat. Walaupun kadang-kadang manusia inilah yang menuduh PAS membawa budaya takfir. Apabila PAS menjawab, maka dituduh taksub, tidak boleh dikritik, politik sempit, fikiran tertutup. Macam-macam lagi tuduhan kepada PAS.
Persoalan politik dunia kena dilihat di dalam kerangka yang besar, bukan atas sentimen mazhab.
Di dalam politik antarabangsa PAS mempunyai pandangan tersendiri berdasarkan ilmu. PAS tidak tunduk kepada Arab Saudi atau Iran. PAS bersahabat kepada kebenaran. PAS tidak termakan budi dengan mana-mana negara dan mana-mana pihak. PAS bebas untuk menyuarakan pandangan.
Sudah lama PAS dituduh membela syiah. Kepimpinan ulamak didakwa terpengaruh dengan ajaran syiah. PAS menjawab dengan amalan, Ketika berlaku Perang Teluk antara Iraq dan Iran, PAS menyebelahi Iran. Walaupun seluruh dunia Arab membela Iraq, kerana Iraq itu Arab dan Sunni. Sekali lagi PAS dituduh Syiah.
Kebetulan negara Iran yang agak lantang menentang Israel, sedangkan negara Arab yang lain membisu. Mereka semua sudah menjadi tunganggan Amerika Syarikat. Kenapa isu Sunni dan Syiah dibangkitkan? Mereka sedar inilah senjata yang boleh melindungi kerja buat mereka yang menjadi boneka Amerika.
Sunni tidak mudah menjadi Syiah, Syiah tidak mudah menjadi Sunni. Tidak guna untuk membangkitkan perkara yang sudah dibincang sejak lama.
PAS berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. PAS pernah memecat ahli PAS kerana menganut fahaman syiah. Kerana ia boleh membawa kepada perpecahan dalam parti. PAS menolak fahaman membidaahkan orang lain, sehingga menimbul perpecahan dan perbalahan dalam masyarakat.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
Demikianlah Artikel Bincang masalah global bukan khilafiah
Sekianlah artikel Bincang masalah global bukan khilafiah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bincang masalah global bukan khilafiah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/bincang-masalah-global-bukan-khilafiah.html