Judul : DAP minta bantuan Tun M selepas 'diserang' Umno
link : DAP minta bantuan Tun M selepas 'diserang' Umno
DAP minta bantuan Tun M selepas 'diserang' Umno
Oleh Nur Atiqah Abd Samad
SHAH ALAM: Kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada konvensyen DAP semalam adalah demi menyelamatkan parti itu selepas ia dikritik hebat ketika Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan, 'serangan' Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak ternyata membuatkan DAP tersentak sehingga terpaksa meminta bantuan daripada Mahathir.
"Mengheret Mahathir ke Persidangan Tahunan DAP dan memintanya berucap membela DAP merupakan kejayaan halus DAP memperkudakan bekas perdana menteri itu.
"Ternyata pendedahan Najib sewaktu ucapan penggulungan menjadikan DAP seperti cacing kepanasan dan defensif. Mereka tidak menjangka Najib akan berbuat demikian," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Najib pada Khamis lalu, memberi amaran kepada kaum Melayu bahawa hak dan keistimewaan mereka bakal terhapus jika memilih PH pimpinan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ujar Najib yang merupakan Perdana Menteri, Melayu diberi pilihan sama ada mengekalkan keindukan kerajaan pimpinan Umno atau keindukan kerajaan pimpinan DAP yang mempunyai perjuangan sempit dan mengancam survival Bumiputera.
Tambah Puad lagi, bukan saja DAP mempergunakan Mahathir, sebaliknya kedua-dua mereka mempunyai kepentingan masing-masing dalam menjatuhkan Najib dan Umno.
"Mahathir sanggup diperkudakan oleh DAP untuk menjawab serangan Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan penggulungannya bahawa Umno sekarang ini berlawan dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP bukannya Mahathir.
"Macam-macam alasan Mahathir untuk memuji DAP seperti pengunaan bahasa kebangsaan dalam lagu DAP termasuk ucapan yang disampaikan dalam bahasa kebangsaan.
"Tidak sukar untuk memahami kenapa Mahathir berkata sedemikian. Bukan kerana beliau mudah lupa tetapi Mahathir terpaksa buat buat lupa untuk menghalalkan strateginya untuk menjahanamkan Umno," katanya lagi.
Malah beliau turut melihat bahawa DAP dan Lim Kit Siang adalah merupakan De Facto Opposition Leader dan bukannya Mahathir.
Sikap dominan DAP dalam Pakatan Harapan (PH) dapat dilihat sewaktu Penasihatnya Lim Kit Siang menggesa Selangor mengadakan pilihan raya mengejut ekoran persempadanan semula kawasan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Demikianlah Artikel DAP minta bantuan Tun M selepas 'diserang' Umno
Sekianlah artikel DAP minta bantuan Tun M selepas 'diserang' Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP minta bantuan Tun M selepas 'diserang' Umno dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/dap-minta-bantuan-tun-m-selepas.html