Faiz cabar Najib bersumpah tidak kenali Jho Low

Faiz cabar Najib bersumpah tidak kenali Jho Low - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Faiz cabar Najib bersumpah tidak kenali Jho Low, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Faiz cabar Najib bersumpah tidak kenali Jho Low
link : Faiz cabar Najib bersumpah tidak kenali Jho Low

Baca juga


Faiz cabar Najib bersumpah tidak kenali Jho Low

MALAYSIA DATELINE


Faiz FadzilFaiz FadzilTimbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Faiz Fadzil mencabar Datuk Seri Najib Razak supaya bersumpah untuk menafikan beliau tidak mengenali hartawan kontroversi, Jho Low.

Kata Faiz langkah berkenaan sekurang-kurangnya mengambil pendekatan sama ketika perdana menteri cuba meyakinkan orang ramai bahawa beliau tidak mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Faiz dipetik berkata demikian sebagai mengulas sabitan mahkamah Singapura terhadap bekas pengawai Bank BSI Singapura, Yeo Jiawei, atas tuduhan mengganggu saksi siasatan jenayah penggubahan wang haram didakwa ada kaitan dengan 1MDB seperti dilaporkan Malaysiakini semalam.

Katanya keputusan mahkamah itu juga mencalar maruah negara.

"Yeo didakwa sebagai pegawai bank yang menguruskan akaun Jho Low dan didedahkan juga dalam keterangan di mahkamah bahawa mereka berdua adalah kenalan rapat.

"Ironinya, tiada apa-apa pula pendakwaan terhadap mana-mana individu yang dikaitkan dengan skandal 1MDB di negara ini walaupun sudah tiga orang pegawai Bank BSI didakwa dan didapati bersalah berkaitan skandal ini," katanya.

Singapura adalah antara negara yang menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah laku kewangan dan penggubahan wang haram membabitkan dana 1MDB.

Najib adalah antara individu yang turut terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa membabitkan 1MDB namun beliau sudah disahkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai tidak bersalah.

Faiz berkata kesalahan Yeo itu amat berat kerana melibatkan gangguan terhadap saksi dan ia menunjukkan wujud unsur jenayah oleh Jho Low.

Katanya, Jho Low juga rakan karib anak tiri Najib, iaitu Riza Aziz, yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman AS baru-baru ini.

"(Riza juga) menerbitkan filem The Wolf Of Wall Street, membayar hutang judi dan banyak lagi perbelanjaan mewah yang mencecah lebih RM14 bilion.

"Jadi di dalam kes ini, Jho Low yang merupakan penjenayah prinsipal (manakala Yeo hanya bertindak sebagai rakan subahat) masih bebas tanpa pendakwaan dan siasatan.

"Atas dasar apa keistimewaan ini diberikan (kepada Jho Low)?

"Di manakah kemampuan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Peguam Negara menjalankan kewajipan awam membanteras jenayah berskala mega ini ketika rakan subahat Jho Low telah dihukum?" katanya.

Sehubungan itu, Faiz berkata, jika institusi undang-undang negara ini tidak mampu bertindak sekurang-kurangnya Najib perlu bersumpah.

"Ia seperti sumpah Najib dalam kes pembunuhan Atlantuya," katanya.



Demikianlah Artikel Faiz cabar Najib bersumpah tidak kenali Jho Low

Sekianlah artikel Faiz cabar Najib bersumpah tidak kenali Jho Low kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Faiz cabar Najib bersumpah tidak kenali Jho Low dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/faiz-cabar-najib-bersumpah-tidak-kenali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :