Giliran MP Klang disiasat polis berhubung BERSIH5

Giliran MP Klang disiasat polis berhubung BERSIH5 - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Giliran MP Klang disiasat polis berhubung BERSIH5, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Giliran MP Klang disiasat polis berhubung BERSIH5
link : Giliran MP Klang disiasat polis berhubung BERSIH5

Baca juga


Giliran MP Klang disiasat polis berhubung BERSIH5

Zikri Kamarulzaman





Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menjadi pemimpin terbaru yang diarahkan oleh polis untuk tampil membantu siasatan mereka berhubung perhimpunan BERSIH5 pada 19 Novmber lalu yang bertempat di Kuala Lumpur.

Santiago yang diarahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di Kuala Lumpur hadir dan memberikan kenyataan saksi.

Beliau berkata, dalam surat yang dihantar kepadanya, polis menyatakan mereka menjalankan siasatan di sekitar kawasan stesen LRT Bangsar di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Perhimpunan Aman, berdasarkan laporan polis yang dibuat.

Menurut surat itu, Santiago dipercayai dapat membantu siasatan polis.

Walau bagaimanapun, ahli parlimen DAP itu berkata ketika tiba untuk disoal siasat, beliau dimaklumkan bahawa tidak ada laporan polis yang dibuat terhadapnya.

"Sebaliknya mereka minta saya untuk memberikan maklumat. Mereka minta pengesahan sama ada saya berada di Bangsar, sama ada saya memberi sebarang ucapan dan jika saya boleh mengenal pasti beberapa orang.

"Saya beritahu mereka ucapan saya adalah mengenai pentingnya pilihan raya yang bebas dan adil.

"Saya juga beritahu mereka bahawa saya tidak kenal rapat dengan mereka (orang yang mereka mahu saya mengenal pasti)," kata Santiago kepada Malaysiakini.

Beliau percaya berdasarkan cara soal siasat, polis mungkin merancang untuk memanggil lebih ramai orang untuk disoal siasat.

Setakat ini, polis telah menyoal sekurang-kurangnya sembilan pemimpin Pakatan Harapan berkaitan dengan perhimpunan BERSIH5.



Demikianlah Artikel Giliran MP Klang disiasat polis berhubung BERSIH5

Sekianlah artikel Giliran MP Klang disiasat polis berhubung BERSIH5 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Giliran MP Klang disiasat polis berhubung BERSIH5 dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/giliran-mp-klang-disiasat-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :