Judul : HARAPAN, BERSATU bincang kerjasama rasmi 13 Dis
link : HARAPAN, BERSATU bincang kerjasama rasmi 13 Dis
HARAPAN, BERSATU bincang kerjasama rasmi 13 Dis
Alyaa Alhadjri
Ketua Sekretariat HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah berkata, butiran tepat akan dimuktamadkan semasa mesyuarat pada 13 Disember ini di ibu pejabat PKR.
"Mesyuarat itu dijangka membincangkan kerjasama politik antara keempat-empat parti sebagai sebahagian daripada proses untuk memungkinkan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar susulan mesyuarat sekretariat HARAPAN di ibu pejabat DAP Kuala Lumpur.
HARAPAN kini dianggotai oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Sambil menyifatkan kehadiran Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad pada konvensyen HARAPAN bulan lepas dan persidangan kebangsaan DAP pada Ahad lalu sebagai tanda-tanda positif, Saifuddin melahirkan keyakinan isu-isu lebih serius akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat itu.
"Kehadiran itu hanya untuk bertanya khabar, memberi ucapan...tetapi yang ini adalah pertemuan antara pemimpin tertinggi empat parti.
"Jadi, saya menjangkakan isu-isu yang lebih serius akan dibincangkan. Dan bagi saya, perkara yang dibincangkan akan menjadi langkah seterusnya untuk membentuk pakatan pembangkang dan memastikan pertandingan satu lawan satu pada PRU-14," jelas beliau.
Ketika ditanya sama ada HARAPAN akan membuka pintunya kepada bekas sekutu PAS, Saifuddin berkata, mesyuarat 13 Disember ini akan hanya terdiri daripada pemimpin HARAPAN dan BERSATU.
Pada masa yang sama, beliau juga menegaskan bahawa matlamat HARAPAN agar akhirnya menyatukan semua parti pembangkang dalam 'satu gabungan besar yang kuat dan kukuh'.
"Ia sentiasa di fikiran kami. Tetapi anda tahu, kadang-kadang orang mengambil masa untuk membuat keputusan. Tetapi masa tidak memihak kepada kita.
"Terdapat begitu banyak parti-parti pembangkang yang lain. Nasib baik anda tidak bertanya kepada saya tentang Sabah," katanya berjenaka.
Demikianlah Artikel HARAPAN, BERSATU bincang kerjasama rasmi 13 Dis
Sekianlah artikel HARAPAN, BERSATU bincang kerjasama rasmi 13 Dis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HARAPAN, BERSATU bincang kerjasama rasmi 13 Dis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/harapan-bersatu-bincang-kerjasama-rasmi.html