Husam tidak akan curi duit satu sen pun, jamin Rafizi

Husam tidak akan curi duit satu sen pun, jamin Rafizi - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Husam tidak akan curi duit satu sen pun, jamin Rafizi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Husam tidak akan curi duit satu sen pun, jamin Rafizi
link : Husam tidak akan curi duit satu sen pun, jamin Rafizi

Baca juga


Husam tidak akan curi duit satu sen pun, jamin Rafizi

 ARIF ATAN
 
 
Datuk Husam Musa Datuk Husam Musa Tiga kali Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengulang perkataan 'yakin' sebagai jaminan terhadap nilai kebertanggungjawaban pada pemimpin Amanah, Datuk Husam Musa jika diberi peluang menduduki jawatan Menteri Kewangan.

"Saya masih yakin kalau diberi peluang Datuk Husam boleh jadi Menteri Kewangan yang terbaik. Yang paling penting jangan curi duit.

"Datuk Husam yang begitu lama menjadi Ahli Parlimen, Exco dan orang kanan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Saya tidak nampak kedudukan beliau sebagai orang yang disebut-sebut mewarisi kerajaan negeri Kelantan disalahguna untuk kemewahannya.

"Saya yakin kalau ada peluang Allah tentukan semuanya, beliau boleh jadi Menteri Kewangan yang baik kerana saya yakin beliau tidak akan curi duit satu sen pun," tegasnya dalam Ceramah Pakatan Harapan di Kota Bharu, 24 Disember lalu.

Menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap kewujudan Amanah, Rafizi mengimbas kembali detik-detik penubuhan parti berteraskan prinsip Rahmatan Lil'Alamin itu.

Beliau bersetuju dengan usaha penubuhan parti baharu Islam tersebut selepas mendengar penjelasan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang kini merupakan Naib Presiden Amanah.

Sebelum itu, jelas Rafizi, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta beliau memujuk kumpulan pemimpin Pas yang digugurkan selepas muktamar di Kuala Selangor tahun lalu supaya menyertai PKR.

"Sahabat-sahabat kita baru sahaja dianiaya dan menjalani pembersihan etnik dalam Pas. Bila mereka masuk PKR mereka sudah tentu jadi kelas kedua. Tahap layanan kepada bekas pimpinan tidak sama dengan pimpinan PKR sedia ada," ujarnya mengulang kembali respon Mujahid pada pertengahan tahun lalu.

Berucap di Dewan Perniagaan Cina Negeri Kelantan itu juga, Rafizi mengakui dirinya adalah pemimpin PKR pertama yang menyatakan sokongan kepada Amanah malah sejak di peringkat Gerakan Harapan Baru lagi.

"Saya orang pertama yang memegang jawatan kanan dalam PKR yang mengumumkan sokongan kepada Gerakan Harapan Baru dan hadir dalam jelajah Gerakan Harapan Baru dan saya akan masih kekal sokong Amanah selagi Amanah kekal dengan tujuan asal penubuhannya," tegas pengasas NGO Invoke Malaysia itu.

Bahkan Ahli Parlimen Pandan berkenaan menyifatkan dirinya paling dibenci penyokong tegar Pas seperti yang dilihatnya pada kecaman yang diterima di media sosial.

"Saya mungkin orang yang paling dibenci oleh orang yang keras sokongan kepada Pas. Kalau ikut ranking pimpinan, saya paling dibenci. Kalau tengok di FB (Facebook) saya, kalau bukan cybertrooper Umno dari Jasa yang maki hamun, selalunya Pas yang maki hamun saya," ujarnya.

Rafizi turut menyatakan sikap beberapa pemimpin Pas ketika Langkah Kajang dahulu adalah punca kepada apa yang berlaku pada blok pembangkang pada masa ini.

"Saya telah terangkan dari dulu, bermula dari wajah sebenar beberapa pemimpin Pas. Bukan salah saya mencadangkan beberapa perkara kalau perkara itu ditangani dengan penuh hikmah bukannya dengan penuh kasar, sudah tentu blok pembangkang tidak dalam keadaan sekarang," ujarnya lagi.



Demikianlah Artikel Husam tidak akan curi duit satu sen pun, jamin Rafizi

Sekianlah artikel Husam tidak akan curi duit satu sen pun, jamin Rafizi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Husam tidak akan curi duit satu sen pun, jamin Rafizi dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/husam-tidak-akan-curi-duit-satu-sen-pun.html

Subscribe to receive free email updates: