Judul : JUMPA SYIAH IRAN : HJ HADI DIKRITIK KESATUAN ULAMA MUSLIMIN SEDUNIA ( PIMPINAN YUSOF QARDHAWI ) UMNO DAN PAKATAN HARAPAN BOLEH TOLAK PAS !
link : JUMPA SYIAH IRAN : HJ HADI DIKRITIK KESATUAN ULAMA MUSLIMIN SEDUNIA ( PIMPINAN YUSOF QARDHAWI ) UMNO DAN PAKATAN HARAPAN BOLEH TOLAK PAS !
JUMPA SYIAH IRAN : HJ HADI DIKRITIK KESATUAN ULAMA MUSLIMIN SEDUNIA ( PIMPINAN YUSOF QARDHAWI ) UMNO DAN PAKATAN HARAPAN BOLEH TOLAK PAS !
DOHA, 14 Rabiulawal 1438H, Isnin – Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diketuai Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menafikan lawatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran sebagai mewakili pertubuhan itu.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi pertubuhan hari ini, pihak Kesatuan Ulama terkejut dengan lawatan Abdul Hadi yang memegang jawatan Naib Presiden pertubuhan itu yang tidak kena pada masa dan tempat.
“Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia terkejut dengan pemilihan waktu lawatan ini, ketika mana Iran telah memainkan peranan jahatnya dalam membunuh saudara kita khususnya di Aleppo dan di Syria amnya, dan juga penglibatan Iran di Iraq dan Yaman,” kata kenyataan itu.
Sebelum ini, Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, pemergian Hadi Awang itu atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (dilantik oleh Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusof Qaradawi) supaya dapat mengurangkan tekanan ke atas Ahli Sunnah yang berada di negara berkenaan dan ia tidak bercanggah dengan pandangan Sheikh Al-Qaradawi.
Dalam kenyataan sama, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berkata, pihaknya tidak dapat menerima lawatan itu dilakukan atas nama pertubuhan kecuali dilakukan atas nama individu sendiri.
“Ia dianggap tidak boleh diterima dilakukan oleh pimpinan pertubuhan ini, kecuali dilakukan atas kapasiti individu.
“Diharap agar Abdul Hadi dapat menilai semula lawatan ini yang langsung tak dapat diterima, sama ada pada masanya dan tempatnya.
“Kesatuan Ulama berusaha ke arah kesatuan umat Islam tetapi mengambil pendirian jelas menentang sikap yang diambil Iran.
“Pada masa sama kita tidak melupakan peristiwa pedih yang menimpa umat Islam, pertumpahan darah di Aleppo, jutaan terbunuh, cedera dan ditangkap di kalangan warga Syria di semua tempat,” katanya.
Demikianlah Artikel JUMPA SYIAH IRAN : HJ HADI DIKRITIK KESATUAN ULAMA MUSLIMIN SEDUNIA ( PIMPINAN YUSOF QARDHAWI ) UMNO DAN PAKATAN HARAPAN BOLEH TOLAK PAS !
Sekianlah artikel JUMPA SYIAH IRAN : HJ HADI DIKRITIK KESATUAN ULAMA MUSLIMIN SEDUNIA ( PIMPINAN YUSOF QARDHAWI ) UMNO DAN PAKATAN HARAPAN BOLEH TOLAK PAS ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel JUMPA SYIAH IRAN : HJ HADI DIKRITIK KESATUAN ULAMA MUSLIMIN SEDUNIA ( PIMPINAN YUSOF QARDHAWI ) UMNO DAN PAKATAN HARAPAN BOLEH TOLAK PAS ! dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/jumpa-syiah-iran-hj-hadi-dikritik.html