Kerajaan syaratkan agensi pelancongan perlu ada lesen khas umrah

Kerajaan syaratkan agensi pelancongan perlu ada lesen khas umrah - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan syaratkan agensi pelancongan perlu ada lesen khas umrah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan syaratkan agensi pelancongan perlu ada lesen khas umrah
link : Kerajaan syaratkan agensi pelancongan perlu ada lesen khas umrah

Baca juga


Kerajaan syaratkan agensi pelancongan perlu ada lesen khas umrah

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Kerajaan kini menetapkan semua agensi pelancongan yang ingin mengendalikan pakej umrah diwajibkan memiliki lesen khas umrah bermula 1 Oktober tahun hadapan.
 
Menurut Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin, lesen berkenaan hanya dikeluarkan daripada kementerian.
 
Katanya, tujuan pengenalan lesen khas tersebut adalah bertujuan untuk memantau dan mengelak kes penipuan umrah berulang lagi pada masa akan datang.
 
"Jika sebelum ini mana-mana syarikat yang menjalankan aktiviti pengendalian ibadah ke umrah hanya perlu mendapatkan lesen perjalanan ke luar negara (outbound) namun bermula Oktober tahun hadapan mereka perlu mendapatkan kedua-dua lesen iaitu lesen outbound dan lesen khas umrah", katanya.
 
Beliau berkata, antara prasyarat untuk memperoleh lesen tersebut adalah para pengendali umrah perlu menjalani kursus pemantapan pengendali umrah (KPPU) yang dianjurkan oleh kementerian selama dua hari.
 
"Kursus ini adalah wajib dan perlu dihadiri semua agensi pelancongan yang ingin menawarkan perkhidmatan pakej umrah dan sehingga kini 60 syarikat telah menjalani kursus tersebut," katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini, hari ini.
 
Mereka yang gagal mendapatkan lesen bakal dikenakan tindakan denda RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun termasuk berhadapan pembatalan lesen pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 Seksyen 5(2), katanya.
 
Menurut Mas Ermieyati, dianggarkan seramai 2,000 jemaah umrah telah terperdaya dengan kegiatan pakej umrah murah pada tahun ini, namun sehingga hari ini hanya satu aduan rasmi dibuat kepada kementeriannya.
 
Bagaimanapun aduan yang diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan daripada 2014 hingga Oktober tahun ini, sebanyak 3,482 kes direkodkan dengan jumlah tuntutan dari pengguna sebanyak RM21.28 juta, katanya.
 
Beliau turut memaklumkan bahawa hanya syarikat berbentuk Sdn Bhd yang dibenarkan menjalankan aktiviti pelancongan termasuk pakej ke umrah.
 
"Organisasi yang berbentuk koperasi dan yayasan tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan kecuali dengan menubuhkan anak syarikat berstatus Sdn Bhd dan mempunyai lesen daripada kementerian," katanya, sambil menambah kementerian tidak mengiktiraf penggunaan wakil syarikat dan ejen agensi pelancongan selain kakitangan mereka sahaja.
 
 


Demikianlah Artikel Kerajaan syaratkan agensi pelancongan perlu ada lesen khas umrah

Sekianlah artikel Kerajaan syaratkan agensi pelancongan perlu ada lesen khas umrah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan syaratkan agensi pelancongan perlu ada lesen khas umrah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/kerajaan-syaratkan-agensi-pelancongan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :