Kerusi PRU14: PAS tak perlu beri amaran

Kerusi PRU14: PAS tak perlu beri amaran - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerusi PRU14: PAS tak perlu beri amaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerusi PRU14: PAS tak perlu beri amaran
link : Kerusi PRU14: PAS tak perlu beri amaran

Baca juga


Kerusi PRU14: PAS tak perlu beri amaran

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS tidak perlu memberikan 'amaran' bahawa partinya akan bertanding di kerusi PKR jika rakan tahalufnya itu gagal mengawal Amanah, demikian pendapat seorang ahli akademik.
 
Menurut Prof Madya Dr Ahmad Tarmizi Talib, tiada keperluan untuk parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mengeluarkan 'amaran' sedemikian kerana PAS sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Pakatan Harapan (PH), gabungan yang dinaungi PKR bersama Amanah dan DAP. 
 
Justeru kata beliau, daripada melahirkan kerisauan dengan tindakan PH meletakkan calon di kerusi mereka, PAS sebaliknya perlu mencerminkan rasional partinya yang akan diterjemah oleh pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
 
"Biar PAS bertanding di mana, tidak perlu ugut orang lain pun malahan dia tidak perlu bagi kerusi kepada PKR, bukan kepada Amanah sekalipun. Tempat yang Amanah dan PKR nak bertanding, PAS boleh letak calon. Sebab PAS sudah tidak ada hubungan dengan mereka (kecuali Selangor).
 
"Sekarang PAS tidak ada kena mengena dengan Pakatan Harapan kenapa perlu ugut mereka (mengenai pembahagian kerusi)?," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas amaran daripada Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed bahawa partinya akan bertanding di kerusi PKR, jika rakan tahalufnya di Selangor itu gagal mengawal Amanah.
 
Menurut Mahfodz, PAS berkali-kali memberi komitmen untuk menjayakan konsep satu lawan satu pada PRU14 nanti, dengan syarat kerusi tradisinya tidak diusik.
 
Mengulas lanjut menurut Ahmad Tarmizi, PAS tidak sepatutnya mencampuri urusan pembahagian kerusi antara PH kerana tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan gabungan itu terutamanya DAP dan Amanah.
 
"PAS sudah bersendiri, dia bertandinglah di mana kerusi sekalipun. Persoalannya siapa yang akan sokong parti mana (dalam PRU14 nanti)? 
 
"Kalau kata Pakatan Harapan masih mengharapkan lagi sokongan ahli PAS di kerusi mereka jadi seolah-olah masih ada pakatan (antara PAS dan Pakatan Harapan) juga PAS masih mengharapkan sokongan ahli PKR untuk menyokong PAS di kawasan yang PAS bertanding barulah mereka mengharapkan PKR tidak meletakkan calon," katanya lagi.
 
Bahang PRU14 semakin terasa namun pembangkang masih belum mencapai kata sepakat bersabit pembahagian kerusi.
 
PH kini mengikat perjanjian kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertujuan meletakkan calon mewakili gandingan mereka, namun selagi belum mencapai permuafakatan dengan PAS, konsep satu lawan satu dilihat sukar direalisasikan.   
 
Selain soal pembahagian kerusi, pembangkang juga tidak sependapat bersabit isu calon Perdana Menteri yang akan dipilih sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada PRU14 kelak.



Demikianlah Artikel Kerusi PRU14: PAS tak perlu beri amaran

Sekianlah artikel Kerusi PRU14: PAS tak perlu beri amaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerusi PRU14: PAS tak perlu beri amaran dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/kerusi-pru14-pas-tak-perlu-beri-amaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :