Judul : MRT untuk selesai jalan sesak, bukan untuk laju
link : MRT untuk selesai jalan sesak, bukan untuk laju
MRT untuk selesai jalan sesak, bukan untuk laju
MALAYSIAKINIProjek Transit Aliran Massa (MRT) yang baru beroperasi bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas, bukan untuk mempercepatkan perjalanan, kata Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz.
Penjelasan itu dibuat susulan aduan bahawa kereta api itu bergerak perlahan.
Sebagai contoh, ia mengambil masa 40 minit untuk perjalanan 21 kilometer dari stesen Semantan ke Sungai Buloh.
“Kami kena berlaku adil. Kamu tidak boleh bandingkan dengan pemanduan waktu malam,” katanya.
Azmi sebelum ini membawa media meninjau perkhidmatan itu dari Pusat Bandar Damansara ke Sungai Buloh, yang melibatkan 11 daripada 12 stesen dalam fasa pertamanya.
Kerajaan melabur RM21bilion untuk projek itu bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan awam.
“Bila sangkut dalam kesesakan, kamu akan jadi tidak produktif,” katanya.
MRT akan beroperasi secara percuma sehingga 16 Januari depan.
Operasinya akan bermula dari jam 6 pagi hingga tengah malam pada hari bekerja dan sehingga 11 malam pada hari cuti.
Bas pengantara pula akan beroperasi dari jam 5.30 pagi hingga 11.30 malam setiap hari.
LIHAT VIDEO DI SINI
Demikianlah Artikel MRT untuk selesai jalan sesak, bukan untuk laju
Sekianlah artikel MRT untuk selesai jalan sesak, bukan untuk laju kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MRT untuk selesai jalan sesak, bukan untuk laju dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/mrt-untuk-selesai-jalan-sesak-bukan.html