PAN sedia tawan Kelantan, Terengganu PRU14 - Mat Sabu

PAN sedia tawan Kelantan, Terengganu PRU14 - Mat Sabu - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAN sedia tawan Kelantan, Terengganu PRU14 - Mat Sabu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAN sedia tawan Kelantan, Terengganu PRU14 - Mat Sabu
link : PAN sedia tawan Kelantan, Terengganu PRU14 - Mat Sabu

Baca juga


PAN sedia tawan Kelantan, Terengganu PRU14 - Mat Sabu

 
 
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
 
 
Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengakui parti itu boleh menang besar di Kelantan dan Terengganu melawan Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan majoriti kawasan yang dimenangi Pas di dua negeri berkenaan kini boleh berubah bila-bila masa kepada PAN atau rakan gabungan dalam Pakatan Harapan (PH).
 
Katanya, jika PAN tidak meletakkan calon bertanding, sudah tentu UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memenangi kerusi berkenaan, sekali gus mengambil alih semula pemerintahan Kelantan dan mengekalkan pentadbiran di Terengganu dengan kelebihan kerusi yang banyak.
 
“Jadi, kita akan letak calon di Kelantan dan Terengganu. Soal satu, dua atau tiga penjuru tidak penting lagi kerana PAN gagal mendapat persetujuan daripada parti lama (Pas) untuk bekerjasama melawan BN.
 
“Minda rakyat Kelantan agak unik. Semua pihak termasuk penganalisis, pemerhati politik, malah pemimpin UMNO sendiri mengakui orang Kelantan unik.
 
“Bila mereka kata nak ubah, mereka ubah semuanya sekali sebagaimana berlaku pada PRU 1995, saya dipilih sebagai calon oleh parti lama, ada ahli jawatakuasa datang beritahu saya tak perlu turun kempen kerana dah sah menang,” katanya yang terkejut diumumkan menang dengan majoriti besar pada malam mengundi.
 
Beliau berkata demikian di hadapan lebih 1,000 perwakilan dalam ucapan penangguhannya pada Konvensyen Nasional PAN di Dewan Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini, petang ini.
 
Mat Sabu berkata, berdasarkan pengamatannya termasuk maklumat yang dikumpul, PAN boleh menggantikan Pas di Kelantan walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru sekali pun.
 
Sementara itu, beliau mengingatkan para perwakilan dan juga jentera PAN agar berhati-hati dengan strategi UMNO/BN yang akan menggunakan isu perkauman untuk kekal berkuasa.
 
“UMNO dan BN akan menjadikan DAP sebagai isu utama mereka untuk menimbulkan kebencian rakyat. Cara ini memungkinkan mereka terus kekal memerintah pada PRU akan datang.
 
“PAN bersama PH satu-satu pembangkang yang boleh menyekat kemaraan UMNO dan BN. Kita tak boleh harapkan parti lama lagi untuk bersama kita. Mereka (Pas) sudah jatuh cinta dengan UMNO dan tidak mustahil memberi bantuan untuk kemenangan BN.
 
“Kita akan lawan habis-habisan. Kita main isu rasuah dan banyak lagi yang akan kita susun nanti,” ujar beliau.
 
Mat Sabu turut yakin PH akan bertambah kuat dengan penyertaan rakan baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bakal dimeteraikan Selasa ini.
 
Beliau mengakui, parti pembangkang, kecuali Pas tidak boleh berdiri di kaki sendiri untuk melawan UMNO dan BN, melainkan melalui gabungan. - MalaysiaGazette
 
 


Demikianlah Artikel PAN sedia tawan Kelantan, Terengganu PRU14 - Mat Sabu

Sekianlah artikel PAN sedia tawan Kelantan, Terengganu PRU14 - Mat Sabu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAN sedia tawan Kelantan, Terengganu PRU14 - Mat Sabu dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/pan-sedia-tawan-kelantan-terengganu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :