PAU2016 - PERHIMPUNAN TERAKHIR BUAT UMNO....

PAU2016 - PERHIMPUNAN TERAKHIR BUAT UMNO.... - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAU2016 - PERHIMPUNAN TERAKHIR BUAT UMNO...., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAU2016 - PERHIMPUNAN TERAKHIR BUAT UMNO....
link : PAU2016 - PERHIMPUNAN TERAKHIR BUAT UMNO....

Baca juga


PAU2016 - PERHIMPUNAN TERAKHIR BUAT UMNO....

 shahbudindotcom


Satu-satunya perkara yang paling mudah difahami daripada ucapan penggulungan Najib Razak semalam ialah PRU 14 bakal diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

PAU2016 kemungkinan merupakan perhimpunan UMNO yang terakhir sebelum PRU 14 diadakan.

Dalam ucapan penutup Perhimpunan UMNO itu, Najib dilihat banyak memuntahkan peluru yang dirasakan akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya.

Subsidi RM20 ribu untuk rumah, pemberian BR1M melalui Ketua-Ketua UMNO Bahagian, bantuan RM300 ribu untuk penubuhan koperasi bagi aktiviti peruncitan dan janji penyelesaian beberapa masalah berkaitan Felda yang akan diumumkan dalam waktu terdekat adalah antara petanda pilihanraya bakal semakin dekat waktunya.

Selain itu, Najib turut mendapat ikrar daripada daripada  Zahid Hamidi, Hishammuddin dan pemimpin sayap-sayap untuk memberikan yang terbaik bagi kemenangan UMNO dan BN kali ini.

Najib juga turut melontarkan serangan kepada DAP dan memberi bayangan mahu dibawa oleh semua peringkat sebagai bahan kempen yang utama. Ia tentu saja akan diperkukuhkan lagi melalui dakapan erat kepada Pas melalui perhimpunan Rohingya pagi ini dan selepas itu, media-media utama serta televiseyen, meskipun makin menurun edarannya dan tidak lagi ditonton ramai, akan memperbesar-besarkannya lagi beritanya untuk memberi imej lebih Islamik kepada Najib.

Dalam masa yang sama, Najib telah mempamerkan perseteruannya yang tiada bandingannya terhadap Tun Mahathir di mana beliau hanya memanggil bekas Perdana Menteri sebagai "kamu, kamu, kamu" saja. 

Najib jelas tidak lagi menunjukkan rasa hormatnya kepada Tun Mahathir. Berbeza dengan Tun Mahathir yang turut diserang dan dimusuhi oleh Tuanku Abdul Rahman Putra Alhaj suatu ketika itu dahulu, tetapi beliau tetap menghormati Bapa Kemerdekaan itu, jauh sekali pernah memanggilnya dengan panggilan "kamu, kamu, kamu."

Ia dengan sendirinya memberi maksud bahawa Najib mahukan seluruh pimpinan UMNO turut sama membuang rasa hormat dan menyerang habis-habisan Tun Mahathir yang kini merupakan Pengerusi PPBM.

Dalam konteks UMNO, tidak dinafikan bahawa Najib tidak lagi berdepan masalah dan gangguan secara dalaman. Semua musuh-musuhnya sudah dapat disingkirkannya dan ia paling sesuai untuk mengadakan pilihanraya.

Sementara sokongan tidak goyah, hakikatnya masih ramai rakyat yang tertanya-tanya, apa jadi selepas pilihanraya nanti?

Apakah dengan subsidi rumah RM20 ribu, bantuan RM300 ribu untuk koperasi, BR1M disampaikan oleh pimpinan UMNO bahagian dan perlaksanaan projek-projek besar dengan kerjasama negara China itu bakal memberi keselesaan atau menghimpit lagi kehidupan mereka melalui kemungkinan cukai GST dinaikkan dan semakin banyak subsidi dihapuskan?

Jika GST tidak dinaikkan dan subsidi tidak dihapuskan lagi, di mana kerajaan mahu memperolehi wang bagi mengurus kerajaan selepas itu?

Yang lebih menakutkan ialah bagaimana pula gaya kepimpinan Najib dan tingkah laku Rosmah selepas menang nanti, adakah makin mewah dan boros atau tidak?

Siapa pula yang bakal menjadi menteri dan anggota kabinet nanti? Apakah menteri-menteri yang dianggap "bodoh" dan hanya tahu mengampu, membodek dan selalu menyakitkan hati rakyat dengan kenyataan-kenyataan pra-matang masih kekal atau digugurkan?

Semua ini antara yang menjadi perkiraan bagi rakyat. Tindakan Najib tidak lagi menghormati Tun Mahathir sehingga memanggilnya dengan panggilan "kamu" mungkin boleh dianggapnya sebagai haknya, tetapi jangan lupa, masih rakyat yang menyanjung tinggi bekas Perdana Menteri itu.

Antara kejayaan dan sumbangan terbesar Tun Mahathir ialah kejayaannya mengeluarkan negara daripada krisis ekonomi melalui tindakan luar jangka dan tidak popular yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Sehubungan itu,  masih ramai yang merasakan Tun Mahathir masih mampu memberi sumbangan idea dan buah fikiran untuk kebaikan negara jika kerajaan baru mengambil alih nanti.

Bersama PAU2016 mungkin yang terakhir sebelum PRU 14 diadakan, dorongan untuk menjadikan piliharaya akan datang sebagai detik penamat berakhirnya kuasa UMNO dalam negara ini tetap juga membuak-buak.

Keyakinan bahawa ada sinar yang lebih baik melalui kerajaan baru lebih menyerlah berbanding jika Najib, UMNO dan BN terus kekal memegang kuasa, segala-galanya dirasa bakal mengundang lebih petaka secara sengaja.




Demikianlah Artikel PAU2016 - PERHIMPUNAN TERAKHIR BUAT UMNO....

Sekianlah artikel PAU2016 - PERHIMPUNAN TERAKHIR BUAT UMNO.... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAU2016 - PERHIMPUNAN TERAKHIR BUAT UMNO.... dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/pau2016-perhimpunan-terakhir-buat-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :