Judul : Pembangkang tiada pilihan selain bersatu tumbangkan BN
link : Pembangkang tiada pilihan selain bersatu tumbangkan BN
Pembangkang tiada pilihan selain bersatu tumbangkan BN
MALAYSIA DATELINESemua parti pembangkang dalam negara ini tidak mempunyai pilihan selain bersatu hati jika benar-benar berhasrat menumbangkan Umno BN.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Dr. Hassan Baharum membawakan satu dalil jelas melalui sepotong hadis Nabi Muhammad SAW: "Ma la ya'timul wajubu illa bihi, fahuwa wajib", tidak dapat ditegakkan sesuatu yang wajib itu kecuali dengannya, maka ia menjadi wajib.
"Jika tidak dapat menumbangkan sebuah kerajaan yang zalim itu melainkan dengan parti-parti pembangkang itu bersatu, maka menjadi kewajipanlah parti-parti pembangkang itu bersatu," katanya di majlis ceramah sempena Maal Hijrah anjuran Amanah Kawasan Tangga Batu di Bertam Malim, Melaka malam tadi.
Beliau juga berkata, pembangkang tidak akan mampu menewaskan Umno BN jika tidak bersatu kerana parti itu akan menggunakan segala jentera termasuk agensi kerajaan untuk berkempen.
"Jika orang-orang bukan Melayu sudah pun menunjukkan sikap dan tindakannya dengan mengurangkan jumlah kerusi-kerusi BN di parlimen, mengapakah orang Melayu tidak lagi mahu perubahan," ujarnya.
Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah ini, menurutnya, orang Islam harus berhijrah memilih Pakatan Harapan dalam pilihan raya akan datang.
"Amanah ialah parti yang akan meneruskan perjuangan menghapuskan nilai-nilai assabiyah, (perkauman) yang mana (nilai-nilai itu) memang ditanam di dalam pemikiran kita oleh Umno," ujarnya.
Dalam Perhimpunan Umno baru-baru ini, menurut Dr. Hassan, parti itu telah memainkan isu perkauman dengan begitu hebat dan mendakwa jika mereka kalah dalam pilihan raya akan datang, DAP akan memerintah.
"Penipuan dan pembohongan tersebut hanyalah bertujuan untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan isu perkauman inilah yang akan digunakan sebagai senjata mereka di dalam pilihanraya yang akan datang.
"Sedangkan DAP sendiri tidak pernah berhasrat demikian malah menyatakan bahawa Perdana Menteri adalah dari kalangan orang Melayu jika Pakatan Harapan memerintah nanti," katanya sambil menghalakan pertanyaannya kepada pemimpin DAP yang turut hadir berceramah pada malam tersebut iaitu bendahari DAP Melaka, Low Chee Leong.
Majlis Ceramah pada malam itu turut disertai oleh Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Rafiq Naizamohideen, Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahari, dan Naib Pengerusi PKR Melaka, Gue Teck.
Pada malam tersebut juga, beberapa orang penduduk tempatan telah menyerahkan borang penyertaan sebagai ahli Amanah yang ditandatangani oleh Salahuddin sebagai penyokong.
Demikianlah Artikel Pembangkang tiada pilihan selain bersatu tumbangkan BN
Sekianlah artikel Pembangkang tiada pilihan selain bersatu tumbangkan BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pembangkang tiada pilihan selain bersatu tumbangkan BN dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/pembangkang-tiada-pilihan-selain.html