Program latihan 'Trim & Fit' diperhebat untuk anggota polis NS

Program latihan 'Trim & Fit' diperhebat untuk anggota polis NS - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Program latihan 'Trim & Fit' diperhebat untuk anggota polis NS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Program latihan 'Trim & Fit' diperhebat untuk anggota polis NS
link : Program latihan 'Trim & Fit' diperhebat untuk anggota polis NS

Baca juga


Program latihan 'Trim & Fit' diperhebat untuk anggota polis NS

MALAYSIAKINI



Program latihan fizikal "Trim & Fit" akan diperkasa dan diperhebatkan kepada semua anggota dan pegawai polis di Negeri Sembilan, kata Timbalan Ketua Polis negeri, SAC Muhamad Zaki Harun.

Beliau berkata pihaknya sedang merancang jenis latihan dan penambahbaikan program itu untuk dilaksanakan dengan lebih sistematik bagi memastikan semua anggota dan pegawainya menjaga kecergasan masing-masing.

"Setakat ini, kami telah mula mewajibkan latihan setiap minggu... kami juga mendapatkan khidmat pakar pemakanan untuk membimbing anggota polis supaya sentiasa "fit", katanya ketika ditemui pemberita di program Latihan Kemahiran Menembak Bersama Jabatan Kerajaan Daerah Port Dickson semalam.

Muhamad Zaki berkata antara latihan Trim & Fit yang diadakan setakat ini ialah mendaki gunung dan larian secara berkala.

"Kesedaran membudayakan hidup sihat demi menjaga tahap kecergasan diri berjaya dipupuk kepada semua anggota apabila banyak perubahan fizikal dapat dilihat pada diri mereka sejak ia mula dilaksanakan beberapa bulan lepas.

Pada 21 Julai lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperluaskan program 'Trim & Fit' kepada setiap pegawai dan anggotanya untuk tujuan kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan mulai 1 Januari 2018.

Terdahulu, program latihan kemahiran menembak itu disertai seramai 64 orang daripada pelbagai jabatan kerajaan termasuk Majlis Perbandaran Port Dickson, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pengamal media.

Program itu diadakan sempena lawatan pertama Muhamad Zaki ke daerah itu sejak dilantik sebagai timbalan ketua polis Negeri Sembilan pada 10 Oktober lepas.

Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Adzli Abu Shah dan Pengarah SPRM Negeri Sembilan Datuk Rohaizad Yaakob. - Bernama



Demikianlah Artikel Program latihan 'Trim & Fit' diperhebat untuk anggota polis NS

Sekianlah artikel Program latihan 'Trim & Fit' diperhebat untuk anggota polis NS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Program latihan 'Trim & Fit' diperhebat untuk anggota polis NS dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/program-latihan-trim-fit-diperhebat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :