Judul : Umno Hanya Mahu Perkudakan Pas Untuk Memenangi PRU14 Sahaja - Dato Hamidah
link : Umno Hanya Mahu Perkudakan Pas Untuk Memenangi PRU14 Sahaja - Dato Hamidah
Umno Hanya Mahu Perkudakan Pas Untuk Memenangi PRU14 Sahaja - Dato Hamidah
1. Umno bertanding di 112 kerusi Parlimen. Jumlah yang sama minimum untuk Majoriti Mudah.
2. Sekarang, Umno mempunyai 89 kerusi Parlimen. Hanya melepas 23 kerusi.
3. Umno, secara tradisi bertanding di kawasan majoriti Melayu. Sama dengan Pas-Amanah. Sama dengan Bersatu dan sebahagian besar PKR.
Bererti, 5 parti dominan Melayu, UMNO-Bersatu, PKR, Pas-Amanah, secara logiknya bertanding di kawasan yg sama.
4. Dengan kedudukan yang selesa, 89 kerusi Parlimen dari 112 kerusi, MUSTAHIL bagi Umno untuk bergabung dgn Pas.
Mustahil Umno akan menyerah sebahagian kerusi yang dimenanginya kepada Pas.
Adakah Umno akan serah kepada Pas hanya 23 kerusi? Mustahil Pas akan terima hanya bertanding di 23 'kerusi kalah Umno'.
5. Pru13, Pas bertanding di 73 kerusi Parlimen, 39 kerusi kurang berbanding Umno (112).
Adakah Pas sanggup serah sebahagian kerusi kepada Umno? Mustahil.
6. Jadi apa matlamat Umno berbaik-baik dengan Pas?
Matlamat nya, bukan untuk bergabung dengan Pas, tapi MENGGUNAKAN PAS memecahbelahkan pengundi Melayu dalam Pakatan Rakyat (dulu) dan Pakatan Harapan (sekarang).
7. Dengan berjaya memecahbelahkan pengundi Melayu dalam Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, (dengan Pas menarik diri), memungkinkan 3 Penjuru dlm Pru14.
Iaitu, sekali lagi PAS DIPERGUNAKAN Umno/Bn, agar berlaku pertandingan 3 Penjuru, sekaligus memecahbelahkan undi Pembangkang kepada 2. Mudah bagi Umno/Bn memenangi Pru14.
8. Itu saja matlamat 'taawun' Umno ke atas Pas. Ironinya, Pas menyangka Umno sudah berubah, sudah menerima dakwah Pas melaksanakan Hukum Islam.
9. Jelas, UMNO menipu, memperdaya, memanipulasi dan menggunakan Pas demi kelangsungan hegemoni kuasa mereka.
10. Kepada Timbalan Presiden Pas, UMNO lah menggunakan PAS sebagai BATU LONCATAN, KUDA TUNGGANGAN.
Bukannya Pakatan Harapan!
Demikianlah Artikel Umno Hanya Mahu Perkudakan Pas Untuk Memenangi PRU14 Sahaja - Dato Hamidah
Sekianlah artikel Umno Hanya Mahu Perkudakan Pas Untuk Memenangi PRU14 Sahaja - Dato Hamidah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Umno Hanya Mahu Perkudakan Pas Untuk Memenangi PRU14 Sahaja - Dato Hamidah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/umno-hanya-mahu-perkudakan-pas-untuk.html