Judul : Umno sokong ketegasan Najib terhadap Myanmar
link : Umno sokong ketegasan Najib terhadap Myanmar
Umno sokong ketegasan Najib terhadap Myanmar
Oleh Azizul Osman
KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno menyokong ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengutuk kekejaman kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya di negara itu.
Menurut Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, Najib tidak perlu berundur sebaliknya terus ke depan dalam menyatakan bantahan terhadap tindakan melampaui batas kemanusiaan, kerajaan itu.
"Perdana Menteri juga tidak harus berganjak walaupun ada sindiran dan suara (sumbang). Pimpinan Myanmar harus tahu bahawa komuniti antarabangsa tidak boleh menerima sebarang tindakan yang bercanggah dengan kemanusiaan.
"Ini adalah soal kemanusiaan dan kebetulan berlaku kepada umat Rohingya yang beragama Islam. Tapi kalau berlaku kepada umat yang bukan Islam, ini adalah satu yang bercanggah dengan prinsip kemanusiaan," katanya ketika ditemui Antarapos.
Ujarnya kerajaan Myanmar tidak seharusnya bertindak kejam ke atas etnik Rohingya, yang pada asalnya merupakan warganegara mereka sendiri.
Rohingya adalah warganegara Myanmar, namun pada 1982 kelompok minoriti ini diisytiharkan pendatang di tanah air sendiri.
"Saya fikir Myanmar harus terima realiti lambat laun dunia akan mengutuk sebarang perbuatan yang bercanggah dengan prinsip kemanusiaan.
"Malaysia mungkin bertindak lebih awal dan sudah tentu sebarang ugutan yang bersifat cuba menekan atau cuba menghalang mana-mana pemimpin dunia memberikan perhatian kepada perkara ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan," tegas Annuar.
Malaysia hari ini melakar sejarahnya tersendiri apabila menyaksikan dua presiden daripada PAS dan Umno iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Najib berkongsi pentas dalam melahirkan solidariti terhadap warga Rohingya.
Najib dan Hadi dalam ucapan masing-masing menyatakan Malaysia selaku sebuah negara Islam tidak boleh berdiam diri terhadap segala bentuk kekejaman yang dilakukan Myanmar terhadap rakyatnya.
Mengulas perkara itu, Annuar berkata Najib dan Hadi berjaya membuktikan mereka boleh mengenepikan perbezaan ideologi politik dan bersama dalam isu-isu kemanusiaan.
"Saya fikir perkara yang berkaitan dengan agenda yang menyentuh agama dan kepentingan bersama kita tidak harus mengutamakan perbezaan kepartian dan politik. Ada tempat dan batasnya dalam soal nilai sejagat pada agama bangsa dan negara, kita harus bersatu.
"(Kerjasama) politik itu kita tengok kemudian, buat masa ini kita jangan utamakan faktor kepartian dan politik dan yang penting kita bersama dalam soal nyawa dan maruah yang sedang berlaku (di Myanmar).
"Puluhan ribu rakyat di sana sedang ditindas, dibunuh, dirogol dan kita kita tidak boleh berlengah-lengah dan berpolimek dan retorik sebab dunia memerhatikan.
"Kalau ada kebangkitan di Indonesia, Brunei, Thailand dan seluruh dunia sudah tentu memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar. Kalau kita pilih untuk sopan dan berdiam diri maka saya fikir mereka akan pejam mata dan biarkan perkara itu berlaku," katanya.
Demikianlah Artikel Umno sokong ketegasan Najib terhadap Myanmar
Sekianlah artikel Umno sokong ketegasan Najib terhadap Myanmar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Umno sokong ketegasan Najib terhadap Myanmar dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/umno-sokong-ketegasan-najib-terhadap.html