Judul : Adun nafi jambatan konkrit runtuh
link : Adun nafi jambatan konkrit runtuh
Adun nafi jambatan konkrit runtuh
Harakah DailyTANAH MERAH, Kelantan – Kerajaan negeri menafikan dakwaan penduduk jambatan yang dibina di Kampung Pulau Raya runtuh akibat banjir baru-baru ini.
Sebaliknya Adun Bukit Panau Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata jalan yang menyambung ke jambatan terhakis akibat arus deras.
“Jambatan berkenaan tidak runtuh sebaliknya jalan di bahagian tebing yang dihakis arus banjir.
“Kita berharap orang ramai di sini bersabar kerana tiada siapa pun yang dapat menghalang kedatangan banjir,” katanya selepas meninjau jambatan tersebut pada Selasa.
Menurutnya, jambatan yang dibuat masih dalam keadaan baik, malah struktur tidak rosak akibat bah yang melanda baru-baru ini.
Sebuah akhbar pada Isnin melaporkan jambatan konkrit yang menghubungkan Kampung Pulau Raya dan Jelatok runtuh akibat arus deras ketika banjir.
Jambatan berkenaan yang siap setahun lepas dibina kerajaan negeri dengan kos sebanyak RM490,000.
Pembinaan itu dilaksanakan selepas janji pemimpin Umno mahu jambatan di kampung berkenaan tidak menjadi kenyataan.
Abdul Fattah juga berkata kerajaan negeri akan menaiktaraf jambatan tersebut sepanjang 60 meter dan jalan sejauh 20 meter melibatkan peruntukan kira-kira RM400,000.
Menurutnya juga kerja-kerja membaiki semula di bahagian tebing sungai yang terhakis sudah dijalankan dan boleh dilalui orang ramai.
Demikianlah Artikel Adun nafi jambatan konkrit runtuh
Sekianlah artikel Adun nafi jambatan konkrit runtuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Adun nafi jambatan konkrit runtuh dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/adun-nafi-jambatan-konkrit-runtuh.html