Judul : Amanah tuduh blok ketiga proksi Umno BN
link : Amanah tuduh blok ketiga proksi Umno BN
Amanah tuduh blok ketiga proksi Umno BN
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Parti Amanah hari ini menuduh blok ketiga yang dibarisi PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), sebagai proksi Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub turut mendakwa blok ketiga adalah alat untuk memecah-belahkan pembangkang.
"Amanah dan parti rakan dalam HARAPAN (Pakatan Harapan) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan melaksanakan kempen besar-besaran ke seluruh negara supaya rakyat benar-benar faham bahawa pakatan blok ketiga adalah proksi BN walaupun mereka menegaskan mereka tidak bersama BN," katanya.
PAS sehingga kini enggan memberi kata putus sama ada mahu bersama Pakatan Harapan (PH) dan PPBM atau Umno BN, menuju Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14).
PAS berkali-kali bertegas tidak akan menjalinkan hubungan politik dengan DAP dan parti serpihannya Amanah.
Parti itu juga menepis setiap kali partinya dikaitkan dengan Umno BN.
Ujar parti itu, PAS tetap akan menentang Umno BN pada pilihan raya akan datang.
Salahuddin kemudiannya menyeru rakyat khususnya pengundi menolak parti yang membenarkan mereka diperkuda Umno BN dan memecahbelahkan parti pembangkang menjelang pilihan raya akan datang.
"Rakyat wajib menolak parti politik yang hanya ingin menjadi King Maker dan kelihatan pro-BN.
"Ini adalah parti yang tidak boleh dipercayai sama sekali untuk diberikan mandat dalam PRU14 akan datang," katanya.
Demikianlah Artikel Amanah tuduh blok ketiga proksi Umno BN
Sekianlah artikel Amanah tuduh blok ketiga proksi Umno BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Amanah tuduh blok ketiga proksi Umno BN dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/amanah-tuduh-blok-ketiga-proksi-umno-bn.html