Bagaimana pelajar dari China raya CNY di M'sia

Bagaimana pelajar dari China raya CNY di M'sia - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bagaimana pelajar dari China raya CNY di M'sia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bagaimana pelajar dari China raya CNY di M'sia
link : Bagaimana pelajar dari China raya CNY di M'sia

Baca juga


Bagaimana pelajar dari China raya CNY di M'sia

Andy Hu  


Terdapat kira-kira 10,000 pelajar dari pelbagai tempat di China yang menuntut di Malaysia. Walaupun dengan adat tersediri, Tahun Baru Cina telah membawa mereka untuk bersama-sama dengan masyarakat Cina tempatan menyambut perayaan yang penting itu.

Nostalgia merayakannya di negeri sendiri dan kini pengalaman menyambutnya di negara orang, telah memberi mereka peluang untuk menerokai sesuatu yang agak berbeza serta merasakan makna sebenar "Tahun Baru Cina".

Li Sha, 24, seorang pelajar di sebuah universiti swasta. Sebagai anak kalahiran Sichuan, dia sangatkan sukakan makanan pedas.

Sudah empat tahun Li berada di Malaysia untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan. Dan juga sudah empat tahun sejak dia pulang untuk menyambut Tahun Baru Cina.

Menyambut perayaan itu di Malaysia telah memberikannya satu pengalaman baru. Setiap tahun, dia akan menyambut Tahun Baru Cina dengan cara yang berbeza, yang semua amat dikaguminya.

Pada awal tahun 2013, Li membuat keputusan yang mengubah hidupnya, apabila dia mengucapkan selamat tinggal kepada kampung halamannya dan terbang menuju ke negara ini yang begitu asingnya.

Sejak itu, dia bukan sahaja telah memperolhei pengetahuan dan menjalinkan persahabatan, tetapi juga turut belajar tentang pelbagai aspek budaya Cina sebagaimana yang diamalkan di Malaysia.

Ketika Li merupakan pendatang baru di Malaysia, sekumpulan pelajar dari China menjemputnya untuk menyambut tahun baru.

Kerana berasal dari negara yang sama, Li mendapati ia mudah untuk bergaul dengan mereka.

"Oleh kerana kita datang dari tempat berbeza di China, kita memasak hidangan yang mewakili kampung halaman masing-masing."

Ruang tamu, dipenuhi suasana kegembiraan dan gelak ketawa, ditambah pula dengan bau makanan yang lazat, rasanya seperti majlis makan malam perjumpaan semula. Mereka berkumpul di sebuah meja untuk menonton Gala Festival Spring di siaranweb stesen China Central Television (CCTV).

Li tidak dapat menyembunyikan kerinduan pada keluarganya dan apa yang dia mahu lakukan adalah untuk mengadap komputer ribamya dan membuat panggilan video kepada ibu bapanya.

"Ibu bapa saya berhimpit-himpit di depan skrin dan kami masing-masing mengucap selamat Tahun Baru.
"Saya tahu mereka sentiasa ambil berat tentang saya. Walaupun dipisahkan beribu-ribu batu, kami duduk di depan skrin ini umpama sebuah foto keluarga.

"Ibu saya kemudian memberitahu saya yang ayah saya, seorang lelaki yang tegas, membuka kaca matanya untuk mengesat air matanya. Saya tahu bapa sayangkan saya sehinggakan sikap tegasnya itu menjadi cair," katanya.

Walau bagaimanapun, selepas empat tahun dia menyambut Tahun Baru Cina di Malaysia telah mengubah dirinya menjadi seorang gadis yang tidak lagi perlu bergantungan hidup di bawah naungan ibu bapanya. Dia telah semakin dewasa yang tidak lagi bergantung kepada ibu bapanya.
 


Demikianlah Artikel Bagaimana pelajar dari China raya CNY di M'sia

Sekianlah artikel Bagaimana pelajar dari China raya CNY di M'sia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bagaimana pelajar dari China raya CNY di M'sia dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/bagaimana-pelajar-dari-china-raya-cny.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :