Bahri harus tampil beri penjelasan, PKR sedia pentas

Bahri harus tampil beri penjelasan, PKR sedia pentas - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bahri harus tampil beri penjelasan, PKR sedia pentas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bahri harus tampil beri penjelasan, PKR sedia pentas
link : Bahri harus tampil beri penjelasan, PKR sedia pentas

Baca juga


Bahri harus tampil beri penjelasan, PKR sedia pentas

MALAYSIA DATELINE

Zuraida KamarudinZuraida Kamarudin
Bekas Pengarah Bahagian Siasatan Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin sewajarnya tampil memberikan penjelasan terperinci akan keputusannya memilih untuk bersara awal kerana ia melibatkan kepentingan wang pembayar cukai dan rakyat Negara ini.

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin berkata, keputusan dibuat Bahri adalah wajar dipuji dan diterima dengan baik semua pihak.

"Sebagai individu yang bertanggungjawab menjalankan dan mengetuai siasatan dalam kes SRC International pastinya kekecewaan beliau tidak terbendung apabila kes ini tidak didakwa di mahkamah.

"Kes ini semestinya bukan kes biasa apabila dilaporkan seramai enam pegawai kanan BOK yang terlibat secara langsung dalam siasatan kes yang sama dilaporkan telah dipindahkan ke bahagian lain atau bertugas di peringkat negeri.

"Kenyataan beliau yang mengesahkan bahawa beliau “kecewa” dan tidak mahu lagi berkhidmat dengan "undang-undang sarang labah-labah" yang hanya memerangkap pesalah kecil ini tidak boleh dipandang sebelah mata.

"Laporan awal juga menunjukkan beliau kecewa dan berasa amat berdosa kepada rakyat Malaysia “kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah”," ujarnya dalama satu kenyataan.

Justeru Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata, sebagai bekas pegawai tinggi kerajaan yang mempunyai akses kepada siasatan dan bukti-bukti, Bahri tidak wajar hanya menyatakan kekecewaannya semata-mata.

"Beliau cuma berundur diri dari jawatannya dan berdiam diri. Beliau sewajarnya tampil memberikan penjelasan terperinci akan tindakan yang diambilnya itu kerana ia melibatkan kepentingan wang pembayar cukai dan rakyat Negara ini.

"Beliau wajib menjalankan amanah sebagai seorang muslim yang baik, iaitu dengan menyatakan kebenaran tanpa perlu takut dengan ugutan mahupun ancaman yang dilemparkan terhadap beliau," ujarnya.

Menurut Zuraida lagi,wanita PKR bersedia berkerjasama dan menyiapkan pentas di seluruh negara untuk menjadi platform bagi Bahri untuk mendedahkan kebenaran berlaku.

"Wanita PKR bersedia bekerjsama dengan Datuk Bahri atau sesiapa sahaja yang ingin bersama-sama menyatakan kebenaran dan mendedahkan penyalahgunaan kuasa serta menghentikan regim kleptokrasi dalam negara ini.

"Tinggalkan “undang-undang sarang labah-labah” dan marilah bersama rakyat menebarkan “undang-undang pukat harimau” yang boleh menjerat sekecil-kecil bilis dan memerangkap sebesar-besar jerung," jelasnya.



Demikianlah Artikel Bahri harus tampil beri penjelasan, PKR sedia pentas

Sekianlah artikel Bahri harus tampil beri penjelasan, PKR sedia pentas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bahri harus tampil beri penjelasan, PKR sedia pentas dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/bahri-harus-tampil-beri-penjelasan-pkr.html

Subscribe to receive free email updates: