Judul : DBKL berkeras melarang perhimpunan RUU355 di Dataran Merdeka
link : DBKL berkeras melarang perhimpunan RUU355 di Dataran Merdeka
DBKL berkeras melarang perhimpunan RUU355 di Dataran Merdeka
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkeras enggan membenarkan Dataran Merdeka dijadikan tempat untuk perhimpunan RUU355.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, larangan mengadakan perhimpunan di dataran itu tidak akan diketepikan walau siapapun yang menjadi penganjurnya.
“Dasarnya sama. Dataran (Merdeka) dan Padang Merbok tidak boleh digunakan. Hanya Stadium Titiwang sahaja boleh digunakan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
“Mereka juga boleh berhimpun di dalam dan di luar Stadium Titiwangsa. Itu yang kami lakukan bagi perhimpunan Rohingya (pada 4 Disember lalu) dan ia boleh mengisi kira-kira 15,000 orang.
PAS mengumumkan ia akan mengadakan perhimpunan RUU355 pada 8 Februari di Dataran Merdeka tetapi DBKL awal-awal sudah menolak cadangan itu.
Bagaimanapun, parti Islam itu tetap berkeras mahu menggunakan dataran berkenaan sebagai tempat perhimpunan RUU355.
Perhimpunan itu adalah mendapatkan sokongan awam terhadap rang undang-undang persendirian dicadang oleh Hadi bagi memperkasakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Jenayah) yang akhirnya akan diambil alih oleh kerajaan.
Pindaan dicadangkan oleh RUU355 ialah untuk menambahkan hukuman yang boleh dikeluarkan oleh mahkamah Syariah daripada tiga tahun penjara, enam kali rotan dan denda RM5,000 kepada 30 tahun penjara, 100 kali rotan serta denda RM100,000.
Demikianlah Artikel DBKL berkeras melarang perhimpunan RUU355 di Dataran Merdeka
Sekianlah artikel DBKL berkeras melarang perhimpunan RUU355 di Dataran Merdeka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DBKL berkeras melarang perhimpunan RUU355 di Dataran Merdeka dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/dbkl-berkeras-melarang-perhimpunan.html