Jabatan Peguam Negara teguh sekalipun 'diserang'

Jabatan Peguam Negara teguh sekalipun 'diserang' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Peguam Negara teguh sekalipun 'diserang', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Peguam Negara teguh sekalipun 'diserang'
link : Jabatan Peguam Negara teguh sekalipun 'diserang'

Baca juga


Jabatan Peguam Negara teguh sekalipun 'diserang'

SINAR HARIAN


Tan Sri Mohamed Apandi Ali
Tan Sri Mohamed Apandi Ali

PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara (AGC) kekal teguh sekalipun menerima serangan kritikan yang hebat tahun lalu, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Katanya AGC dibadai serangan dan tanggapan berat sebelah dalam tempoh 12 bulan lalu dengan komitmen dan usaha jabatan untuk menegakkan pelaksanaan pengadilan yang cekap dan saksama di Malaysia dipersoal. 

"Akan tetapi seperti kata-kata orang bijak pandai, 'seseorang tidak boleh mengawal orang lain, tetapi ia boleh mengawal reaksinya kepada mereka'.

Begitulah cara jabatan ini mendepani cabaran-cabaran itu," katanya dalam ucapan pada pembukaan tahun perundangan 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Peguam Cara Negara II Datin Paduka Zauyah Be T. Loth Khan yang turut memaklumkan Mohamed Apandi tidak dapat hadir ke majlis itu disebabkan komitmen tugas yang dirancang lebih awal.

"Walaupun teruk kami diserang, Jabatan Peguam Negara tidak goyah," kata Mohamed Apandi. 

Beliau berkata AGC berjaya mengharungi gelora cabaran 2016 dengan yakin dan tenang bersandarkan kerja-kerja dan semangat sepasukan yang hebat.

Katanya inti pati slogan baharu AGC 'Bertekad Menegakkan Keadilan' dipegang oleh pegawai jabatan dalam apa juga situasi dan mereka akan melakukan apa sahaja untuk menegakkan keadilan dan mempertahankannya tanpa rasa gentar atau pilih kasih.

Mohamed Apandi berkata, dua prinsip utama yang diterap dalam slogan baharu AGC akan membimbing beliau dan rakan sekerja untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pegawai undang-undang kerajaan.

Beliau berkata siri-siri perubahan ketara dan penambahbaikan telah dilaksana sejak tahun lepas dan akan diteruskan di jabatannya untuk empat tahun akan datang menerusi Pelan Strategik Jabatan Peguam Negara 2016-2020 yang dilancar Mei lalu.

"Proses-proses kerja sedang ditambah baik dan piawaian kualiti kerja dinaikkan," katanya.

Mohamed Apandi berkata, keutamaan AGC ialah integriti dan jabatan itu telah melancarkan pelan lima tahun dikenali Pelan Integriti AGC 2016-2020 dengan sasaran menjadikan AGC sebagai organisasi bereputasi baik dari segi tadbir urus dan integriti.

Beliau juga berkata beberapa siri program diatur untuk memupuk etika dan amalan baik dalam kalangan pegawai dan staf.

Mohamed Apandi berkata, semakan semula proses-proses kerja bersama-sama pemantauan yang konsisten sedang diteliti bagi meminimumkan peluang korupsi dalam kalangan pegawai AGC. –Bernama



Demikianlah Artikel Jabatan Peguam Negara teguh sekalipun 'diserang'

Sekianlah artikel Jabatan Peguam Negara teguh sekalipun 'diserang' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Peguam Negara teguh sekalipun 'diserang' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/jabatan-peguam-negara-teguh-sekalipun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :