Jamal sedia 'tumpangkan' mangsa banjir di resortnya

Jamal sedia 'tumpangkan' mangsa banjir di resortnya - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jamal sedia 'tumpangkan' mangsa banjir di resortnya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jamal sedia 'tumpangkan' mangsa banjir di resortnya
link : Jamal sedia 'tumpangkan' mangsa banjir di resortnya

Baca juga


Jamal sedia 'tumpangkan' mangsa banjir di resortnya

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos menawarkan diri untuk memindahkan mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Sri Bernam, Sabak Bernam untuk menginap di resortnya di Sekinchan bermula malam tadi.

Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu berkata usaha tersebut dilakukan atas rasa prihatin dengan nasib mangsa yang terpaksa menginap di pusat pemindahan tersebut sejak rumah mereka dilanda banjir, lima hari lepas.

Beliau berkata setiap keluarga akan diberi satu bilik secara percuma sehingga banjir surut termasuk ditampung segala makan dan minum selama menginap di Sekin Resort, miliknya.

Jamal berkata pihak resort juga telah membatalkan beberapa tempahan pelanggan dan tidak menerima tempahan baharu bagi memberi ruang penginapan kepada mangsa banjir di Dewan Sri Bernam, yang setakat malam tadi mencecah 50 keluarga.

"Walaupun apa yang diberikan kerajaan di pusat pemindahan itu adalah baik, ia bersifat sementara malah kebanyakan daripada mereka mempunyai anak-anak kecil yang perlukan lebih perhatian.

"Kebanyakan daripada mangsa memang saya kenal secara peribadi kerana di bawah Parlimen Sungai Besar dan berpendapatan rendah, disebabkan itu saya harap usaha saya ini sekurang-kurangnya dapat memberi keselesaan kepada mereka," katanya kepada sebuah agensi berita.

Jamal berkata pihaknya juga akan menyalurkan bantuan kewangan RM200 kepada setiap keluarga mangsa banjir setiap hari bagi membeli keperluan harian termasuk lampin kanak-kanak, susu, makanan bayi, pakaian dan lain-lain.

Beliau berkata jika berlaku pertambahan jumlah mangsa banjir, pihaknya akan melihat kekosongan di resort berkenaan terlebih dahulu memandangkan masih ada pelanggan yang menginap di situ setakat semalam.

Pengerusi Gabungan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu itu turut menyeru orang ramai yang ingin membantu mangsa banjir berkenaan supaya segera melakukannya dengan mengutamakan bantuan pakaian dan keperluan kanak-kanak.




Demikianlah Artikel Jamal sedia 'tumpangkan' mangsa banjir di resortnya

Sekianlah artikel Jamal sedia 'tumpangkan' mangsa banjir di resortnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jamal sedia 'tumpangkan' mangsa banjir di resortnya dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/jamal-sedia-tumpangkan-mangsa-banjir-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :