Jangan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan

Jangan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan
link : Jangan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan

Baca juga


Jangan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan

SINAR HARIAN

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata selaras dengan Malaysia yang sedang menuju ke arah negara maju, rakyat negara ini mesti memikirkan cara untuk menambah pendapatan dan bukan bergantung sepenuhnya kepada campur tangan kerajaan mengawal pasaran.

Perdana menteri berkata kerajaan akan terus membantu dalam pelbagai cara, namun pada masa sama, rakyat hendaklah berusaha untuk menambah pendapatan dan mengasah kemahiran yang ada.

"Untuk meningkatkan pendapatan, kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan memperoleh dana perniagaan.

"Sebagai contoh, program-program seperti Tekun, Mara, Teraju, Superb, Program Penjaja 1Malaysia, Tabung Ekonomi Belia, Program Peningkatan Pendapatan dan banyak lagi," katanya menerusi catatan terbaharu blog beliau hari ini.

Najib berkata, kerajaan juga telah membantu mendapatkan peluang pekerjaan seperti mewujudkan Skim Latihan 1Malaysia, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan 1Azam. 

Menurut perdana menteri, kos sara hidup sering menjadi isu yang hangat diperbincangkan bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia berikutan kelembapan ekonomi global yang sedang melanda.

Lantaran itu, Najib berkata kerajaan telah sekian lama memperkenalkan dua cara untuk mengatasi masalah kos sara hidup iaitu dengan mempertingkatkan pendapatan dan mengurangkan kos barangan.

"Walaupun kerajaan telah memberikan subsidi dan melaksanakan penurunan harga barang keperluan asas, namun apa yang lebih penting adalah meningkatkan pendapatan kerana taraf hidup yang lebih baik terjamin buat jangka masa panjang," katanya.

Justeru beliau menasihati rakyat negara ini agar bangkit dan berusaha ke arah mempertingkatkan prestasi diri sendiri.

"Bak kata peribahasa Melayu, yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih, tak akan datang melayang. Maksudnya, jika kita inginkan sesuatu, kita kenalah berusaha kerana rezeki tidak datang bergolek," katanya. –Bernama




Demikianlah Artikel Jangan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan

Sekianlah artikel Jangan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/jangan-bergantung-sepenuhnya-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :