Judul : Jual aset Felda: Pas mahu kerajaan siasat bekas Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah FIC
link : Jual aset Felda: Pas mahu kerajaan siasat bekas Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah FIC
Jual aset Felda: Pas mahu kerajaan siasat bekas Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah FIC
MALAYSIA DATELINEPengerusi Hal Ehwal Felda Pas Naraza Muda berkata,parti itu tidak mahu mereka yang menguruskan FIC terlepas dari kesalahan diatas tindakan mereka sebelum ini.
"Mereka membuat keputusan pelaburan dan pembelian aset yang menimbulkan masalah sepertimana disahkan oleh Pengerusi Felda baharu dilantik Tan Sri Shahrir yang menyifatkan kelemahan tadbir urus itu berpunca daripada 'aset bermasalah' yang kini dimiliki FIC," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru belliau berkata, pihaknya mencadangkan agar kerajaan segera membuat penyiasatan terbuka dan menubuhkan Suruhanjaya bebas diangotai tokoh-tokoh yang diyakini rakyat untuk memantau cadangan penjualan aset ini serta menyiasat setelusnya urusniaga ini," ujarnya.
Shahrir dalam sidang akhbar pertamanya pada Selasa tidak menyatakan tidak menyatakan secara terperici pelaburan di London yang bermasalah, bagaimanapun ujar Naraza lagi, yakin apa yang didedahkan oleh parti itu sebelum ini ada kebenarannya.
"Kami yakin pendedahan yang kami buat sebelum ini seperti pembelian hartanah mewah oleh FIC melibatkan sebuah apatmen mewah Grand Plaza Serviced di Bayswater, London pada harga RM538 juta walaupun peringkat awalnya pihak Felda menafikan pembelian ini.
"FIC juga membeli sebuah hotel 4 bintang di kawasan mewah Kensington juga di London bernilai RM330 juta. Park City Hotel dengan 62 bilik tetamu dan dua unit servis apatmen tiga bilik tidur yang telah dinamakan semula kepada Grand Plaza Hotel.
"FIC juga telah membeli asrama pelajar dikenali Felda House Wembly yang terletak di tengah-tengah Wembly London dengan nilai hampir RM400 juta. Sebelum ini , kami membuat pendedahan ini beberapa kali untuk meminta penjelasan pihak Felda terutamanya Pengerusi Felda ketika itu Tan Sri Isa Abdul Samad.
"Tan Sri Shahrir juga merujuk kepada laporan Ketua Audit Negara yang mengesahkan sejumlah wang yang besar terlibat dalam kesemua pelaburan bermasalah seperti mana dilaporkan semalam," terangnya.
Semalam dalam sidang media pertama diadakan sejak dilantik sebagai Pengerusi Felda, Shahril telah memberitahu semua ahli lembaga pengarah FIC diarah meletak jawatan dalam usaha untuk menyusun semula syarikat tersebut.
FIC merupakan anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan bukan perladangan.
Ini merupakan langkah pertama yang utama bagi Felda sejajar dengan pengumuman awal beliau mengenai rombakan pengurusan yang besar dalam Felda.
Perletakan jawatan oleh ahli lembaga pengarah FIC, katanya, akan membuka jalan untuk menyusun semula FIC.
Demikianlah Artikel Jual aset Felda: Pas mahu kerajaan siasat bekas Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah FIC
Sekianlah artikel Jual aset Felda: Pas mahu kerajaan siasat bekas Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah FIC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jual aset Felda: Pas mahu kerajaan siasat bekas Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah FIC dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/jual-aset-felda-pas-mahu-kerajaan.html