Kerjasama PPBM-PAS mungkin terbantut kerana DAP - Zuhdi

Kerjasama PPBM-PAS mungkin terbantut kerana DAP - Zuhdi - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerjasama PPBM-PAS mungkin terbantut kerana DAP - Zuhdi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerjasama PPBM-PAS mungkin terbantut kerana DAP - Zuhdi
link : Kerjasama PPBM-PAS mungkin terbantut kerana DAP - Zuhdi

Baca juga


Kerjasama PPBM-PAS mungkin terbantut kerana DAP - Zuhdi

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS terus membayangkan bahawa kerjasama parti itu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mungkin terbantut disebabkan 'hubungan baik' yang wujud antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang, kata Pengarah Pusat Penyelidikannya Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
 
"Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha untuk mewujudkan jalinan tersebut, Tun Dr Mahathir pula terus masuk ke perangkap DAP yang beliau sendiri sebut sebelum ini sebagai golongan chauvinist dan anti Islam. 
 
"Usaha untuk mendaulatkan Islam sebagai penyelesai sebenar kepada kemelut yang dihadapi negara termasuk krisis integriti, tidak mungkin digembeling sekiranya DAP terlibat sama," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
 
Hubungan baik antara Dr Mahathir dan Kit Siang mula disebut-sebut selepas bekas Perdana Menteri itu membuat pendedahan bahawa DAP pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekiranya pembangkang menang pada pilihan raya akan datang.
 
Sejurus pendedahan itu, Kit Siang pula tampil menghulurkan salam perdamaian dengan PAS tetapi ternyata sambutannya hambar. Pemimpin PAS dalam reaksi balasnya berkata Kit Siang tidak ikhlas dan PAS tidak akan terperangkap untuk kali kedua.
 
Malah menurut Zuhdi, PAS sama sekali tidak akan tunduk pada gesaan Dr Mahathir untuk mengorbankan matlamat dan pendirian partinya semata-mata mahu bersama Pakatan Harapan-PPBM, untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
"Situasi ini menuntut kepada pengislahan keseluruhan kepimpinan kerajaan dan jentera pentadbiran awam. PAS sebelum ini telah bertegas, menjatuhkan seseorang individu, bukanlah jalan penyelesaian kepada krisis integriti ini, sebaliknya ia hanya mengulangi krisis yang sama di masa depan," ujar beliau.
 
 


Demikianlah Artikel Kerjasama PPBM-PAS mungkin terbantut kerana DAP - Zuhdi

Sekianlah artikel Kerjasama PPBM-PAS mungkin terbantut kerana DAP - Zuhdi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerjasama PPBM-PAS mungkin terbantut kerana DAP - Zuhdi dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/kerjasama-ppbm-pas-mungkin-terbantut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :