Judul : Mukhriz akui terbit rasa 'geram' bila Tun M dikecam
link : Mukhriz akui terbit rasa 'geram' bila Tun M dikecam
Mukhriz akui terbit rasa 'geram' bila Tun M dikecam
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui terbit rasa 'geram' apabila bapanya sering menjadi mangsa kecaman pelbagai pihak, khususnya selepas bersama barisan pembangkang.
Mantan Menteri Besar Kedah itu mendakwa, kebanyakan kritikan terhadap Tun Dr Mahathir itu datang daripada individu yang pernah dibantu bapanya dahulu.
"Bagi saya dan keluarga, perkara itu sudah jadi kebiasaan, meskipun tidak sepatutnya berlaku, nak kata macam dah lali. Dari dulu lagi sewaktu beliau (Dr Mahathir) sebagai perdana menteri pun selalu dikecam.
"Rasa geram kerana kita kenal mereka ini, dulu sahabat juga. Saya boleh sebutkan satu persatu setiap orang yang kata Dr Mahathir, apa yang Tun M bantu mereka dulu. Tentu semua orang tahu.
"Kalau dia tidak beri ruang kepada individu itu, mereka tidak akan sampai ke tahap hari ini. Orang seperti ini yang kecam beliau," katanya dipetik dari wawancara bersama Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta berkongsi perasaan sebagai anak Dr Mahathir apabila sering melihat pemimpin itu dikecam pelbagai pihak.
Dalam wawancara itu juga, Mukhriz ketika mengulas mengenai soal kerjasama antara PPBM dengan PAS berkata, ia masih berjalan dengan partinya sentiasa mendapat jemputan dari PAS untuk sepentas dalam beberapa majlis anjuran parti itu.
"Kita pun ada 'time line' sendiri, sambil itu juga kita mulakan perbincangan dengan Pakatan Harapan (PH) dan buat perjanjian.
"Walaupun begitu kerjasama dengan PAS masih berjalan. Kami banyak menerima jemputan, menyertai ceramah dan berucap dalam majlis anjuran PAS peringkat negeri," katanya.
Tambah beliau, kenyataan PAS yang menyatakan komitmen untuk mewujudkan keadaan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), memberi isyarat positif.
"Jadi, PPBM memainkan peranan penting, kita jadi perantara Pakatan Harapan dengan PAS. Kita perlu cari formula di mana keadaan ini dapat dijayakan," katanya lagi.
PPBM pada 13 Disember lalu mengikat kerjasama politik dengan PH bertujuan untuk meletakkan satu calon mewakili gandingan itu bagi menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU14.
Menurut draf perjanjian kerjasama politik yang ditandatangani, PH yang merangkumi PKR, DAP dan Amanah serta PPBM juga bersetuju pembahagian kerusi diputuskan menerusi rundingan berdasarkan prinsip kebolehmenangan.
PAS bagaimanapun sehingga kini berpendirian enggan menyertai PH kerana tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan dua musuhnya, DAP dan Amanah.
Demikianlah Artikel Mukhriz akui terbit rasa 'geram' bila Tun M dikecam
Sekianlah artikel Mukhriz akui terbit rasa 'geram' bila Tun M dikecam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mukhriz akui terbit rasa 'geram' bila Tun M dikecam dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/mukhriz-akui-terbit-rasa-geram-bila-tun.html