Najib harus mulakan amalan tidak ambil hak orang

Najib harus mulakan amalan tidak ambil hak orang - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib harus mulakan amalan tidak ambil hak orang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib harus mulakan amalan tidak ambil hak orang
link : Najib harus mulakan amalan tidak ambil hak orang

Baca juga


Najib harus mulakan amalan tidak ambil hak orang

MALAYSIA DATELINE
 
 
Lim Kit SiangLim Kit SiangPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik jika mahukan pegawai-pegawai kerajaan bersikap telus dan amanah serta tidak menyalahgunakan dana awam.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Najib mesti menerangkan hal sebenar kepada rakyat berhubung wang ‘derma’ berjumlah RM2.6 bilion dan RM42 juta dari syarikat SRC International yang masuk ke akaun peribadinya.

“Jika tidak, ucapan Najib mengenai pegawai kerajaan tidak boleh mengambil hak rakyat hanyalah satu tindakan hipokrit,” katanya dalam satu kenyataan.

Najib ketika bercakap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam berkata, siri pendakwaan terhadap penjawat awam menjadi peringatan kepada pihak dalam kerajaan supaya tidak mengambil hak rakyat.

Beliau berkata kes-kes sebegitu, yang ditangani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), boleh mengurangkan keyakinan awam kepada kerajaan.

“Apa yang SPRM lakukan beberapa hari ini mengingatkan kita berkaitan pembaziran, berkaitan ambil hak rakyat.

“Jangan ambil hak rakyat. Ia milik mereka. Ingat bila kita laksanakan program-program kita, ia untuk rakyat.

“Jadi apabila ada pembaziran, orang ramai akan kecewa dan hilang keyakinan pada kamu,” kata Najib.

Mengulas lanjut, Kit Siat yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah secara sinis menyatakan beliau akan ‘terkejut’ jika 99 peratus pegawai Jabatan Perdana Menteri yang mendengar ucapan Najib pagi tadi tidak terfikir tentang status Malaysia sebagai kleptokrasi global, skandal 1MDB dan gelaran ‘MO1’.

Ia berikutan ketiga-tiga isu berkenaan mendapat liputan luas seluruh dunia sehingga Najib pernah dikatakan sebagai antara Menteri Kewangan terburuk Asia.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin NGO seperti Cynthia Gabriel dari C4 dan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah turut meminta Najib selaku ketua kerajaan menjadi contoh pentadbiran yang telus dan amanah kepada pegawai-pegawai lain.



Demikianlah Artikel Najib harus mulakan amalan tidak ambil hak orang

Sekianlah artikel Najib harus mulakan amalan tidak ambil hak orang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib harus mulakan amalan tidak ambil hak orang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/najib-harus-mulakan-amalan-tidak-ambil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :