Nam Ron: Jangan perah rakyat dengan caj beg plastik

Nam Ron: Jangan perah rakyat dengan caj beg plastik - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nam Ron: Jangan perah rakyat dengan caj beg plastik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nam Ron: Jangan perah rakyat dengan caj beg plastik
link : Nam Ron: Jangan perah rakyat dengan caj beg plastik

Baca juga


Nam Ron: Jangan perah rakyat dengan caj beg plastik

MALAYSIAKINI



Pelakon Nam Ron menegur Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai keputusan drastik melarang penggunaan beg plastik dan bahan berasaskan polisterina di negeri itu.

Menulis surat terbuka di Facebooknya, Nam Ron berkata pengguna tidak diberikan pilihan dan terpaksa membayar caj yang dikenakan terhadap mereka.

Katanya, larangan penggunaan beg plastik juga menyebabkan keputusan itu 'dieksploitasi' golongan peniaga untuk mengaut keuntungan atas nama memelihara alam sekitar.

"Peniaga telah mengenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik. Alasannya (mungkin) untuk memberi beban kepada pengguna yang terpaksa membayar harga yang tidak masuk akal dengan harapan pengguna menolaknya.

"Namun beg plastik ini sudah menjadi seolah satu keperluan ketika membeli belah. Dan, pengguna tetap membayar 20 sen bagi setiap beg plastik walau tidak bersetuju kerana ia sangat memudahkan. Lagi pun apa lagi pilihan yang pengguna ada?,"tulis Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan.

Katanya, meskipun penggunaan beg kitar semula boleh menyelesaikan masalah itu, namun masih tidak ramai menggunakannya kerana belum menjadi budaya masyarakat.

"Mengenakan caj/denda bukan penyelesaian masalah kerana lama kelamaan ia (masyarakat) akan jadi sebati dengannya. Akhirnya rencana ini dilihat sebagai cara untuk memeras rakyat bukan memberi kesedaran.
"Dan, akhirnya rakyat membayar dalam terpaksa," kata pelakon filem Redha itu.

Kata Nam Ron, meskipun sesetengah pihak merasakan perkara itu remeh tetapi ia juga akan membuatkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Azmin.

"Adalah harapan saya sebagai ahli masyarakat untuk melihat kaedah ini diperbaiki segera agar kempen kesedaran ini dilihat lebih telus dan bukan dianggap sebagai alasan untuk memerah rakyat kebanyakan," katanya.

Pada 21 Disember lalu, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong mengumumkan bekas makanan polisterina dan beg plastik tidak akan dibekalkan peniaga secara percuma mulai 1 Januari.

Selangor mula melaksanakan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” pada 2010, dengan sokongan kebanyakan pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan, pada setiap Sabtu.

Pengguna dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik dan wang itu dikatakan akan disalurkan kepada badan kebajikan atau program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar



Demikianlah Artikel Nam Ron: Jangan perah rakyat dengan caj beg plastik

Sekianlah artikel Nam Ron: Jangan perah rakyat dengan caj beg plastik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nam Ron: Jangan perah rakyat dengan caj beg plastik dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/nam-ron-jangan-perah-rakyat-dengan-caj.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :