Judul : Ops Bonceng: MCA soal berapa luas tempat duduk motosikal
link : Ops Bonceng: MCA soal berapa luas tempat duduk motosikal
Ops Bonceng: MCA soal berapa luas tempat duduk motosikal
MALAYSIAKINI
MCA hari ini melahirkan kebimbangannya dengan "Ops Bonceng" Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang memburu penunggang dan pembonceng motosikal dengan bukan mahram di negeri itu.
Menurut Pengerusi Biro Keharmonian Agama, MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker, parti itu khuatir mereka yang berwajah menyerupai orang Melayu akan turut menjadi mangsa.
Pada 16 Januari lalu, JHEAT menahan 52 individu yang membonceng motosikal dengan bukan mahram dan berkata penguatkuasaan mungkin dilanjutkan kepada penumpang kenderaan lain, termasuk kereta.
Katanya, kemungkinan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam tetapi menyerupai orang Melayu seperti Orang Asli dan Serani, menjadi mangsa juga tidak terkecuali.
"JHEAT perlu menjelaskan bagaimana pasukan penguatkuasaan akan dapat mengenal pasti dan membezakan antara mereka yang berkulit putih, Asia Timur dan sama ada pelancong berkulit hitam itu beragama Islam atau tidak," katanya.
Berhubung cadangan memperluaskan penguatkuasaan kepada pasangan yang berkelakuan tidak sopan dalam kereta, Ti berkata sudah ada undang-undang sedemikian yang diwujudkan.
Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap amaran JHEAT bahawa pasukan penguatkuasaan akan beroperasi tanpa kamera dan hanya bergantung pada keterangan saksi ketika membawa kes itu ke mahkamah.
Demikianlah Artikel Ops Bonceng: MCA soal berapa luas tempat duduk motosikal
Sekianlah artikel Ops Bonceng: MCA soal berapa luas tempat duduk motosikal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ops Bonceng: MCA soal berapa luas tempat duduk motosikal dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/ops-bonceng-mca-soal-berapa-luas-tempat.html