Orang kafir tak boleh menjadi ketua kerajaan Islam

Orang kafir tak boleh menjadi ketua kerajaan Islam - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Orang kafir tak boleh menjadi ketua kerajaan Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Orang kafir tak boleh menjadi ketua kerajaan Islam
link : Orang kafir tak boleh menjadi ketua kerajaan Islam

Baca juga


Orang kafir tak boleh menjadi ketua kerajaan Islam

 


Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, syarat utama sebuah kerajaan Islam ialah ia mesti ditadbir oleh seorang muslim.

“Tidak boleh Ketua Negara, Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menterinya seorang bukan Islam. Itu syarat utama sebuah kerajaan Islam.

“Kekuasaan Islam tidak akan tertegak menerusi seorang Ketua Menteri bukan Islam kerana ketiadaan akidah Islam tidak akan menjamin pelaksanaan Syariat Islam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, katanya, menaikkan elaun guru al-Quran, memberi tanah untuk pembinaan Mahkamah Syariah, membina masjid atau menyediakan peruntukan untuk agama Islam, bukannya ukuran utama keislaman sesebuah kerajaan.

Beliau berkata, pelaksanaan Islam di sebuah negara atau negeri tidak boleh bersifat tempelan, sebaliknya keislaman sesebuah kerajaan tergambar dengan Islam dijadikan dasar dan prinsip dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran bagi kementerian dan jabatan.

“Sesebuah kerajaan perlu menerima bahawa al-Quran dan al-Sunnah mesti menjadi rujukan. Sebuah kerajaan Islam mesti diperintah oleh seorang muslim yang adil yang tidak fasik melakukan dosa-dosa besar.
Seorang yang fasik melakukan maksiat berterusan tanpa taubat mana mungkin mampu menegakkan sebuah keadilan.

“Islam mesti diterima pada undang-undang ibadahnya, undang-undang kekeluargaannya, undang-undang kontrak dan transaksi kewangan, undang-undang jenayah, undang-undang antarabangsa, kehakiman dan politik pemerintahan. Riba tidak boleh menjadi paksi ekonomi dan kewangan kerana ia adalah ibu kerosakan.

“Jangan terpedaya dengan momokan untuk adil seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz jika akidahnya tidak seperti Umar bin Abdul Aziz, sementelah pula akhlaknya kerana keadilan itu tidak akan berlaku dan terlaksana tanpa akidah dan akhlak Islam,” katanya.



Demikianlah Artikel Orang kafir tak boleh menjadi ketua kerajaan Islam

Sekianlah artikel Orang kafir tak boleh menjadi ketua kerajaan Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Orang kafir tak boleh menjadi ketua kerajaan Islam dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/orang-kafir-tak-boleh-menjadi-ketua.html

Subscribe to receive free email updates: