Parti Bersatu diyakini penyumbang BN jatuh di Kedah

Parti Bersatu diyakini penyumbang BN jatuh di Kedah - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Parti Bersatu diyakini penyumbang BN jatuh di Kedah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Parti Bersatu diyakini penyumbang BN jatuh di Kedah
link : Parti Bersatu diyakini penyumbang BN jatuh di Kedah

Baca juga


Parti Bersatu diyakini penyumbang BN jatuh di Kedah

ARIF ATAN
 
 
Datuk Ir Phahrolrazi ZawawiDatuk Ir Phahrolrazi ZawawiKelahiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam peta politik tanah air diyakini menjadi faktor penyumbang kepada kejatuhan Umno-BN di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tegas Pengarah Pilihan Raya Amanah negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor itu berkata, peluang untuk pihak pembangkang menguasai Kedah semakin cerah dengan kemunculan parti yang memiliki ikon sinonim dengan negeri berkenaan iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Saya lihat dengan perkembangan yang ada sekarang, kehadiran Bersatu dengan menyaksikan penghijrahan beramai-ramai ahli Umno membolehkan Kedah antara negeri yang berpotensi untuk pembangkang menang.

"Hal ini berbeza sebelum adanya Bersatu. Sekarang ini bila ada Bersatu, kita sudah nampak peluang cerah untuk pembangkang menguasai Kedah," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Menurutnya, parti Bersatu juga melengkapkan lagi pengukuhan Pakatan Harapan bahkan secara tidak langsung meningkatkan sokongan kepada Amanah.

"Kita sedia berkongsi dan saling melengkapi termasuk dalam hal agihan kerusi. Contohnya, bagi setiap kawasan, kalau boleh semua parti dalam Pakatan Harapan dan Bersatu bertanding. Kalau ada tiga kerusi Dun misalnya, bahagilah antara Amanah, Bersatu dan PKR.

"Kalau kawasan yang bukan Melayu, DAP pula masuk. Itu satu keadaan yang ideal dalam memberi peluang untuk kita mendapat sokongan penuh daripada rakyat," jelas Phahrolrazi yang juga bekas Exco kerajaan negeri itu.

Ditanya tentang perbezaan pola perubahan ahli Pas di Kedah untuk bersama Amanah berbanding peralihan sokongan ahli Umno kepada Bersatu, bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri itu menyifatkan hal tersebut berkaitan dengan penghijrahan secara keahlian.

"Dalam konteks Pas, majoriti ahlinya belum lagi berhijrah secara keahlian berbeza dengan ahli Umno kepada Bersatu. Ahli Pas nampak tidak berpindah parti tetapi daripada segi sokongan saya yakin penmingkatan agak baik.

"Ikutkan 'survey' kami juga, peratusan ahli Pas yang meninggalkan parti lama itu agak tinggi. Hanya penghijrahan ahli Umno di Kedah kepada Bersatu nampak ketara. Mereka berhijrah secara keahlian. Mereka tunjuk betul-betul," tambahnya lagi.



Demikianlah Artikel Parti Bersatu diyakini penyumbang BN jatuh di Kedah

Sekianlah artikel Parti Bersatu diyakini penyumbang BN jatuh di Kedah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Parti Bersatu diyakini penyumbang BN jatuh di Kedah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/parti-bersatu-diyakini-penyumbang-bn.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :